Telefilem Rezeki Tanpa Alamat Di TV3

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat Di TV3

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat

Saksikan telefilem REZEKI TANPA ALAMAT yang akan bersiaran semula pada 24 Februari 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga tonton secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan terbitan syarikat produksi Enuja Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ahmad Idham dengan nukilan skrip daripada Did Wahida Rosdi.

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 24 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Did Wahida Rosdi
Pengarah : Ahmad Idham
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Azrel Ismail, Dato Seri Eizlan Yussof, Jasmin Hamid, Aman Graseka, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azrel Ismail sebagai Sharul
  • Jasmin Hamid sebagai Zainab
  • Dato Seri Eizlan Yussof sebagai Azri
  • Jay Iswazir sebagai Malik

Sinopsis Telefilem Rezeki Tanpa Alamat

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat mengisahkan tentang kehidupan Sharul selepas kematian ayahnya. Zainab iaitu ibu tirinya menganggap punca kematian suaminya adalah berpunca daripada anak tirinya sendiri iaitu Sharul.

Sedari dari kecil, Zainab tidak pernah menyayangi Sharul. Kasih sayang sering dibeza-bezakan antara Sharul dan anak kandungnya, Malik.

Selepas kehilangan ayah, Sharul tidak minta apa-apa kecuali songkok peninggalan arwah. Songkok itu menjadi peneman Sharul, ke mana saja dia pergi.

Sejak dari itu, dia tidak lepas dari memakai songkok tersebut ke mana sahaja dia pergi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cercaan.

Demi sebuah masa depan Sharul nekad berhijrah dengan ditemani songkok tersebut.  Sewaktu menjadi gelandangan di kaki lima, Sharul bertemu dengan Azri.

Takdir telah ketemukan mereka berdua yang mana Azri bersedekah dengan meletakan makanan dan minuman untuk sesiapa sahaja yang memerlukan (Rezeki Tanpa Alamat).

Tanpa disangka celahan dalam songkok telah merungkai siapa Azri yang sebenar.

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat

Telefilem Rezeki Tanpa Alamat

Post a Comment

0 Comments