Telefilem Saat Hilang Cintamu Di TV3

Telefilem Saat Hilang Cintamu Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Saat Hilang Cintamu yang akan bersiaran semula pada 24 Februari 2024, hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2023 ini merupakan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Rahila Ali dengan nukilan skrip daripada Lee Chonz.

Tayangan Asal : 2023
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 24 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Lee Chonz
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Telefilem Saat Hilang Cintamu Di TV3

Pelakon & Watak

Berikut antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Zamarul Hisham, Rita Nadira, Malek Maccrone, Abbas Mahmood, Noor Hanan Hassan, Nurul Aida Othman, Iman Aneesa, Kashfi Haiqal, Nur Dania Miazara dan ramai lagi.

  • Zamarul Hisham sebagah Razil
  • Rita Nadira sebagai Salinah
  • Malek Mccrone sebagai Hadi
  • Abbas Mahmood sebagai Kamal
  • Noor Hanan Hassan sebagai Mak Salina

Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu

Telefilem Saat Hilang Cintamu mengisahkan tentang Rizal iaitu suami kepada Salinah yang begitu setia dan menyayangi isterinya serta menjadi penyokong utamanya setiap hari bagi melalui pelbagai ujian.

Namun begitu, hubungan mereka mula renggang dan sering bergaduh apabila isterinya, Salinah mula terpengaruh dengan kata-kata rakan-rakannya yang memperlekeh dan mengaibkan suaminya.

Akhirnya mereka berdua berpisah apabila Salinah mengaku telah terlanjur dengan lelaki lain. Demi menjaga anak-anak, pengorbanan seorang Ayah tidak dapat dipisahkan apabila Rizal sanggup tinggal di sebuah pondok kecil berhampiran rumah ayah baru kepada anak-anaknya.


Sumber : aimanabdullah.com

Post a Comment

0 Comments