Telefilem Pujaan Malaya Di TV9

Telefilem Pujaan Malaya Di TV9

Saksikan telefilem Pujaan Malaya yang akan bersiaran pada 23 Februari 2024, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada Zyza Backy. 

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 23 Februari 2024 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Fazo
Penulis Skrip : Zyza Backy
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Telefilem Pujaan Malaya Di TV9

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Ruhainies, Idris Khan, Balqis Semundur Khan, Azad Jazmin, Shamsul Ghau Ghau, Nadzmi Adhwa, Izzmad Harun, Zamri Mac Arm, Zaidi Rock dan ramai lagi.

  • Ruhainies sebagai Lisa
  • Idris Khan sebagai Yusri
  • Balqis Semundur Khan sebagai Che Mawar
  • Azad Jazmin sebagai Zack
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Akob
  • Nadzmi Adhwa sebagai Remy

Sinopsis Telefilem Pujaan Malaya

Telefilem Pujaan Malaya mengisahkan tentang Pak Akob membesarkan Lisa semenjak ibu Lisa meninggal dunia akibat kanser.

Pak akob terlalu memanjakan Lisa sehinggakan Lisa menjadi seorang gadis yang malas dan tidak mampu untuk berdikari.

Semenjak ketiadaan Pak Akob, Lisa terpaksa mengambil tugas Pak Akob sebagai pengurus di kafe Pujaan Malaya milik ayahnya.

Kemunculan seorang jejaka kacak, Yusri di kafenya membuatkan Lisa berubah 360 darjah. Sementara itu, Zack, seorang peniaga kain turut menaruh hati terhadap Lisa dan melakukan berbagai cara untuk menarik hati Lisa.

Post a Comment

0 Comments