Senarai Pemenang Muzikal Lawak Superstar Musim 3 (MLS 3) Tahun 2022

Senarai Pemenang Muzikal Lawak Superstar Musim 3 (MLS 3) Tahun 2022

Senarai Pemenang Muzikal Lawak Superstar Musim 3

Pasti ramai yang sudah menjangka apabila Ubi dinobatkan juara program Muzikal Lawak Supestar musim ke-3 (MLS 3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil pada 23 September 2022.

Kemenangan kumpulan yang dianggotai oleh Fad, Sharif dan Namie itu melayakkan mereka membawa pulang RM150,000 beserta trofi.

Kemenangan itu juga sekali gus menewaskan tiga finalis lain iaitu kumpulan Ood, Cili dan Bahroy yang masing-masing telah melakukan 2 tugasan iaitu Benua dan Bebas.

BACASenarai 4 Peserta Final Muzikal Lawak Superstar 3

Tempat kedua atau naib juara pula milik kumpulan Cili yang dianggotai Ali Puteh, Achey dan penyanyi popular, Shiha Zikir yang mana mereka membawa pulang RM75,000 beserta trofi.

Sementara itu, kumpulan yang dianggotai Nizam Jentik Jentik, Shashic Iewan dan Roy iaitu Bahroy diumumkan sebagai tempat ketiga dan membawa pulang RM50,000 beserta trofi.

Kumpulan Ood yang dianggotai Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid diumumkan sebagai pemenang tempat keempat dan membawa pulan RM25,000 beserta trofi.

Turut diumumkan Superstar Musim Ini yang menjadi milik Shiha Zikir daripada kumpulan Cili.

Dapatkan Koleksi Lawak Santai - DISINI

Kesemua pemenang dipilih berdasarkan format pemarkahan 50% daripada juri tetap iaitu daripada Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali dan 50% lagi datang daripada undian online daripada penonton.

Untuk musim terbaru ini, telah menampilkan gandingan terbaru bagi pasangan pengacara untuk program ini iaitu Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom dan Sharnaaz Ahmad sehinggalah ke pentas akhir.

Program Muzikal Lawak Superstar Musim 3 (MLS 3) telah berlangsung selama 10 minggu yang bersiaran setiap hari Jumaat, pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna 107 dan Astro Go.

Post a Comment

0 Comments