Filem 10 Tips Tipu Bini Di Astro Citra

Filem 10 Tips Tipu Bini Di Astro Citra

Filem 10 Tips Tipu Bini Di Astro Citra

Pada awalnya, filem ini ditayangkan di Astro First dan kini 10 TIPS TIPU BINI akan bersiaran di Astro Citra 108 pada hari Sabtu bersamaa pada 24 September 2022. Anda boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Tayangan : Astro Citra 108
Tarikh : 24 September 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Armada Al Haq
Pengarah : Azizi Adnan
Produksi : Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd.

🎥 Tonton disini - Link 1 | Link 2 | Link 3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem ini ialah Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Dato' Awie, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Elizabeth Tan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Ziema Din, Amy Nur Tinie dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Ropie sebagai Raffie
  • Khir Rahman sebagai Kay
  • Joey Daud sebagai Jepp
  • Dato' Awie sebagai Brother Love
  • Elizabeth Tan sebagai Anna
  • Vicha sebagai Aishah
  • Nazia Mustafar sebagai Jas

Sinopsis Filem 10 Tips Tipu Bini

Filem 10 Tips Tipu Bini ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik iaitu Raffi, Kay dan Jepp. Mereka bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & EVents kepunyaan Dato Dean.

Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara yang sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing. Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing.

Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ‘Dubuk Liar’. Mereka bertiga sedang mengalami masalah ‘Krisis Pertengahan Usia’ yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ‘intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gaids tersebut untuk dijadikan pasangan kekasih masing-masing.

Akan tetapin mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ‘kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu.

Filem 10 Tips Tipu Bini Di Astro Citra

Filem 10 Tips Tipu Bini Di Astro Citra

Post a Comment

0 Comments