Senarai 4 Peserta Final Muzikal Lawak Superstar 3 Tahun 2022

Senarai 4 Peserta Final Muzikal Lawak Superstar 3 Tahun 2022

Senarai 4 Peserta Final Muzikal Lawak Superstar 3 Tahun 2022

Kini sudah terjawab hanya 4 peserta yang tinggal dan berjaya mara ke final atau pusingan akhir bagi merebut takhta juara untuk program Muzikal Lawak Superstar musim ke-3. Mereka adalah kumpulan Bahroy, OOD, Ubi dan Cili.

Pada malam pusingan separuh akhir, 5 peserta perlu melakukan 2 tugasan termasuk Arteh iaitu menggunakan Lokasi Larangan untuk tugasan pertama dan bagi tugasan kedua pula mereka perlu mengikut tema iaitu pusat perniagaan.

Jika pada minggu ke-8 iaitu pusingan suku akhir, Cili berjaya merangkup Superstar Gempak Of The Week dan kali ini di minggu ke-9, Ubi telah merampas takhta tersebut setelah diumumkan oleh pengacara Sharnaaz Ahmad dan Kak Lina sekali gus secara automatik berjaya melangkah ke final.

Dengan itu, kumpulan Ubi telah mendapat reward dimana mereka boleh memilih giliran bila untuk membuat persembahan pada malam final kelak.

Final Muzikal Lawak Superstar 3

Final Muzikal Lawak Superstar 3 akan berlangsung pada 23 September 2022, hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna 107 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my

Antara 4 finalist; Bahroy, OOD, Ubi dan Cili, kumpulan manakah yang akan menjadi juara untuk musim terbaru kali ini sebaris dengan Jbor dan Heart untuk musim pertama dan kedua?

Untuk ketahuinya, jangan lupa nanti saksikan final Muzikal Lawak Superstar 3...

Post a Comment

0 Comments