Drama PA Lelaki Kerek Di TV Okey

Drama PA Lelaki Kerek Di TV Okey

Drama PA Lelaki Kerek Di TV Okey

Saksikan drama berjudul PA LELAKI KEREK yang akan menemui penonton bermula 4 Mei 2022, setiap hari Selasa hingga Jumaat pada pukul 2.30 petang di siaran RTM TV Okey dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama PA Lelaki Kerek karya Rose Eliza

Episod : 26
Tayangan : TV Okey
Tarikh : Mulai 4 Mei 2022 (Selasa - Jumaat)
Masa : 2.30 Petang
Penulis Skrip : Mazelan Hanan & Siti Hawa Ibrahim
Pengarah : Haris Kadir
Produksi : Pro Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Johan As'ari, Jasmine Suraya, Syafie Naswip, Wan Sharmila, Afifah Nasir, Adi Putra, Khairul Anwar Aman, Sazrin Aizul, Mak Wan, Shyrim Husni, Shajiry dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Johan As'ari sebagai Tengku Irfan
  • Jasmine Suraya sebagai Irdina Asyikin
  • Syafie Naswip sebagai Naufal
  • Wan Sharmila sebagai Melisa
  • Afifah Nasir sebagai Imelda
  • Adi Putra sebagai Irshad

Sinopsis Drama PA Lelaki Kerek

Drama PA Lelaki Kerek mengisahkan tentang Tengku Irfan yang diragut kebahagiannya selepas terlibat dalam satu kemalangan. Selepas kehadiran Irdina Asyikin ianya telah merubah keseluruhan hidupnya.

Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada sahaja alasan yang diberi oleh gadis tersebut. Bagi Irdina, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan tidak semudah yang disangka.

Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo, dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerena lelaki tersebut. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasa, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakan beliau membebaskan diri? Dapatkan Tengku Irfan menuntut keadilan buat dirinya sendiri?

Drama PA Lelaki Kerek Di TV Okey

Drama PA Lelaki Kerek Di TV Okey

Post a Comment

0 Comments