Drama Lockdown 2 Di Astro Ria

Drama Lockdown 2 Di Astro Ria

Drama Lockdown 2 Di Astro Ria

Saksikan drama siri terbaru LOCKDOWN 2 yang akan mulai bersiaran pada 6 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam di siaran Astro Ria 104 atau boleh strim secara online di astrogo.astro.com.my

Episod : 20
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 6 Jun 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 11.00 Malam
Pengarah : Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Produksi : U2 Media Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri ini seperti Janna Nick, Rozita Che Wan, Shera Aiyob, Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Mimi Ernida, Wan Maimunah, Dini Schatzmann, Zulaika Zaru, Ellie Suriaty dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Janna Nick sebagai Lola
  • Rozita Che Wan sebagai Kak Sal
  • Shera Aiyob sebagai Fitrah
  • Zahiril Adzim Ramadhan
  • Amerul Affendi sebagai Kamarul
  • Mimi Ernida sebagai Mariam
  • Wan Maimunah sebagai Tok Ma
  • Dini Schatzmann sebagai Kimie

Sinopsis Drama Lockdown 2

Drama Lockdown 2 merupakan kesinambungan daripada musim pertama yang mana memaparkan kisah masyarakat yang terpaksa menempuhi pelbagai cabaran apabila negara dilanda pandemik Covid-19 yang sekali gus memberikan impak kepada kehidupan setiap manusian

Ianya mengisahkan tentang empat buah keluarga sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan situasi yang berbeza. Untuk keluarga pertama, ianya mengisahkan tentang Kak Sal yang perlu menghadapi cabaran disebabkan anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta kisah keadaan ibunya yang sudah lanjut usia.

Untuk kisah keluarga kedua, ianya berkisar tentang pasangan suami isteri Fitrah dan Ramadan yang bertugas sebagai frontliners ketika Covid-19 melanda. Disebabkan peningkat jangkitan ketika itu, semua hospital penuh dengan pesakit Covid termasuklah ibu bapa Fitrah yang disahkan positif.

Fitrah yang sedang hamil ketika itu tidak sedar yang dirinya telah dijankiti virus tersebut sehingga akhirnya telah meragut nyawanya.

Kisah keluarga ketiga ialah tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa di atelah dijankiti virus ini, tetapi masih pergi berniaga dan berjumpa orang lain.

Kamarul pula yang berniaga di pasar malam sebelum ini, kini tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia dikuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan dengan isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu.

Drama Lockdown 2 Di Astro Ria

Drama Lockdown 2 Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments