Drama Scammer 2 Di Astro Ria

Drama Scammer 2 Di Astro Ria

Drama Scammer 2 Di Astro Ria

Saksikan untuk musim kedua, SCAMMER 2 yang akan menemui penonton bermula 18 April 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 11.00 malam di Astro Ria 104 atau strim secara online di astrogo.astro.com.my

Episod : 24
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 18 April 2022 (Isnin - Khamis)
Masa : 11.00 Malam
Idea Asal : Sham Hashim
Pengarah : Norhanisham 'Labu' Muhamad
Penulis Skrip : Sham Hashim, Amin Shakib Shida Zali, Che Li, Maizura Ederis dan Thaaqhib
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri ini ialah Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Farah Nabilah, Azwan Ali, Iman Corinne Adrienne, Razzuan Rosli, Sharifah Sofia, Gobbinath Batumalai, Ainina Ahmad, Adam Darwisyh, Mathani Razak dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Beto Kusyairy sebagai Taqriz
  • Zahiril Adzim sebagai Rudi
  • Farah Nabilah sebagai Liya
  • Azwan Ali sebagai Hanif
  • Iman Corinne sebagai Muna

Sinopsis Drama Scammer 2

Drama Scammer 2 mengisahkan tentang Taqriz yang mahu menuntut bela atas kematian ayahnya iaitu Cikgu Shah dimana dia telah menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka.

Dalam kejadian tersebut arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi iaitu kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz tidak percayakan sesiapa.

Sasaran Taqriz ialah Munaiaitu seorang pemilik syarikat hartanah dan Hanif, seorang peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz sebagai kambing hitam.

Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya iaitu seorang bekas scammer yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baru syarikat Muna untuk mengumpul bukti kes penipuan tanah tersebut.

Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif dalam kes yang menyebabkan kematian ayahnya.

Daripada siasatan tersebut, satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar sebenarnya ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, ini termasuklah orang yang dekat dengan dirinya. Siapa agaknya 'Scammer' tersebut?

Drama Scammer 2 Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments