Drama Jangan Menangis Cinta Di Astro Ria

Drama Jangan Menangis Cinta Di Astro Ria

Drama Jangan Menangis Cinta di Astro Ria

Drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah berjudul Jangan Menangis Cinta lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli bakal menemui penonton mulai 21 Mac 2022 setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria

Episod : 40
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria
Tarikh : 21 Mac 2022 (Isnin - Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Produksi : SR One Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat seperti Remy Ishak, Amyra Rosli, Halim Radzi, Rita Nadira, Khaty Azian, Fadilah Mansor, Ku Faridah, Rahim Jailani, Atilia Haron, Hilal Azman dan ramai lagi

  • Remy Ishak sebagai Zafran
  • Amyra Rosli sebagai Riyana
  • Halim Radzi sebagai Hariz
  • Rita Nadira sebagai Dina
  • Khaty Azian sebagai Puan Sabrin
  • Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah
  • Ku Faridah sebagai Puan Seri Latifah
  • Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar

Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Pertemuan tanpa diduga dengan pelajar lelaki bernama Zafran Zahim telah mengundang masalah pada dirinya. Namun takdir Tuhan tiada siapa dapat halang. Selepas tamat belajar Hariz, abang Zafran telah menghantar rombongan meminang setelah jatuh cinta pandang pertama pada Riyana.

Namun bahagia hanya seketika, Hariz berubah secara tiba-tiba dan memutuskan pertunangan mereka tanpa alasan. Begitu juga Zafran, Dina memutuskan pertunangan mereka untuk mengahwini Hariz.

Riyana redha menerima. Dia menganggap mereka tiada jodoh. Tapi Zafran mengamuk. Dia bergaduh dengan abangnya yang dituduh merampas tunangnya. Zafran berdendam dengan abangnya. Dia akhirnya memutuskan untuk berkahwin dengan Riyana.

Di awal perkahwinan mereka begitu hambar. Zafran masih dingin dengannya. Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga layanan keluarga Zafran padanya. Namun atas kesabaran Riyana akhirnya Zafran mula jatuh cinta padanya.

Bahagia hanya seketika, Riyana diduga. Anak yang dilahirkan cacat. Cinta Aryana lahir tanpa sebelah kaki. Zafran tidak dapat menerima. Dia malu dengan kecacatan anaknya yang mendorongnya untuk menceraikan Riyana dengan talak satu.

Mampukah ketulusan hati Cinta Aryana menyatukan semula kedua orang tuanya?

Drama Jangan Menangis Cinta di Astro Ria

Drama Jangan Menangis Cinta di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments