Drama Kerana Dia Suka Di TV3 (Lestary)

Drama Kerana Dia Suka Di TV3 (Lestary)

Drama Kerana Dia Suka Di TV3

Saksikan drama terbaru romantik komedi berjudul Kerana Dia Suka yang diadaptasi daripada novel karya Marissa dengan  menampilkan gandingan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira sebagai teraju utama.

Akan disiarkan bermula 9 Mac 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam di Lestary TV3 dan Disney+ Hotstar

Episod : 20
Tayangan : Slot Lestary TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 9 Mac 2022 (Rabu-Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Kyoll Hamzah
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Drama Kerana Dia Suka bakal menggantikan drama Cinta Amnesia di slot Lestary

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ialah Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Rozita Che Wan, Fendi Seman, Riz Amin, Nasha Aziz, Nafiez Zaidi, Mimi Ernida, Ezany Nizariff, Marisa Yasmin, Harris Annuar, Nina Smith, Shah Khan, Nadia Kesuma dan ramai lagi

  • Fikry Ibrahim sebagai Idham
  • Rita Nadira sebagai Wardina
  • Nasha Aziz sebagai Seha
  • Riz Amin sebagai Ijol
  • Mimi Ernida sebagai Aida
  • Nina Smith sebagai Nurlisa

OST Drama

Judul : Kan Kan
Penyanyi : Zarol Zarif
Komposer : Cat Farish & Suffren Ghafar
Lirik : Cat Farish, Zarol Zarif & Amri Aziz

Sinopsis Drama Kerana Dia Suka

Drama Kerana Dia Suka mengisahkan tentang Wardina yang membawa diri setelah tunangnya ditangkap khalwat dengan Aida walaupun majlis perkahwinan mereka akan berlangsung tidak lama lagi.

Dalam merawat kekecewaan hati kerana perilaku tunangya, Wardina telah bertemu dengan Idham ketika membawa diri ke tempat orang dan lama-kelamaan dia selesa berkawan dan mula suka dengan lelaki tersebut.

Namun begitu, Wardina terpaksa melupakan perhubungan mereka setelah mengetahui Idham sebenarnya tunangan orang. Jadi Wardina membuat keputusan untuk tidak mahu merampas hak orang lain dan dalam masa yang sama Idham tetap juga mengejar dirinya.

Adakah Idham akan memutuskan hubungan dengan tunangnya demi mendapatkan Wardina? Adakah Wardina akan menemui kebahagian pada akhirnya?

Drama Kerana Dia Suka Di TV3

Drama Kerana Dia Suka Di TV3

Drama Kerana Dia Suka Di TV3

Post a Comment

0 Comments