Telefilem Derai Di TV3

Telefilem Derai Di TV3

Telefilem Derai Di TV3

Saksikan telefilem Derai lakonan Mimi Lana, Syafiq Kyle dan Redza Rosli yang akan menemui penonton pada 11 Mac 2022, hari Jumaat jam 10.00 malam di TV3

Tayangan : TV3
Tarikh : 11 Mac 2022 (Jumaat)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon Dan Watak

Telemovie Derai membawakan pelakon-pelakon hebat Malaysia seperti Mimi Lana, Syafiq Kyle, Redza Rosli, Riz Amin, Jay Iswazir, Puteri Rafasya, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

  • Mimi Lana sebagai Nurul
  • Syafiq Kyle sebagai Khalid
  • Redza Rosli sebagai Bahar
  • Jay Iswazir sebagai Azman

Sinopsis Telefilem Derai

Telefilem Derai mengisahkan tentang Nurul iaitu seorang isteri yang bangkit menuntut bela terhadap tiga orang sahabat suaminya yang telah mengakibatkan kematian suaminya, Khalid dan anak tunggalnya tiga tahun lalu.

Nurul Asyikin hidup bahagia bersama Khalid dan anak perempuan mereka, Nur Syakila. Mereka sekeluarga hidup sederhana di luar bandar dari bandar Kuala Lumpur dan menjalankan perusahaan kecil, memandangkan masing-masing ada beberapa bidang tanah yangg boleh diusahakan.

Bahar dan Azman adalah dua orang sahabat baik Khalid, sewaktu belajar dahulu. Suatu hari Baharudin dan Azman datang ke kampung, memujuk Khalid untuk ikut serta dalam satu rancangan perniagan yang mereka mahu jalankan.

Rancangan ini sekaligus membolehkan Khalid mula melihat perniagaan ke pasaran antarabangsa. Khalid sangat teruja dengan cadangan itu tetapi Nurul tidak bersetuju, dia risau jikalua Baharudin mempergunakan suaminya yang dikenali dengan sifat mudah percaya dan pemurah.

Telefilem Derai Di TV3

Post a Comment

0 Comments