Filem Jadi Raya Tak Jadi Di Astro First

Filem Jadi Raya Tak Jadi Di Astro First

Sempena Hari Raya Aidilfitri, jangan lupa saksikan filem atau super tele Jadi Raya Tak Jadi yang akan menemui penonton di pawagam rumah anda di Astro First bermula 4 April 2024.

Anda boleh sewa dengan harga RM15 menerusi saluran 480 atau di Astro dan tonton untuk tempoh 48 jam dan secara berulang-ulang dalam tempoh tersebut.

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : 4 April 2024 (Khamis)
Idea Asal : Amni Zahra
Penulis Skrip : Isqandar Jebat
Pengarah : Isqandar Jebat
Produksi : Measat Broadcast Network System Sdn. Bhd.

Filem Jadi Raya Tak Jadi Di Astro First

OST Filem

Tajuk Lagu : Jadi Raya Tak Jadi
Artis : Monosterio
Komposer : Alan Monosterio, Anep Monosterio & Fj Muzik
Lirik : Fj Muzik

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Fikry Ibrahim, Adam Eji, Farouk Hussain, Azhar Sulaiman, Dewa Sapri, Din Latah dan ramai lagi.

  • Fikry Ibrahim sebagai Farid
  • Adam Eji sebagai Murad

Sinopsis Filem Jadi Ray Tak Jadi

Filem Jadi Raya Tak Jadi mengisahkan tentang Farid yang dibesarkan di Amerika dan kini pertama kali tiba di Malaysia untuk menyambut hari raya bersama datuk dan neneknya.

Setibanya di KLIA, Farid kehilangan semua barang berharganya seperti telefon bimbit, bagasi dan termasuk alamat kampungnya yang ingin dituju.

Farid kini terkandar di lapangan terbang keseorangan, tetapi dengan bantuan seorang pemuda misteri bernama Murad yang merupakan seorang jurujual penyaman udara, Farid dapat menumpang keretanya untuk pulang ke kampung halaman.

Perjalanan mereka ke Kedah penuh misteri. Kepercayaan Farid terhadap Murad semakin tercabar apabila Farid merasakan Murad berniat buruk terhadapnya. Kemudian Farid membuat pilihan untuk meneruskan perjalanan sendiri pulang ke kampung.

Post a Comment

0 Comments