Telefilem Dosa Semalam Di TV3 (Cerekarama)

Telefilem Dosa Semalam Di TV3 (Cerekarama)

Hujung minggu anda akan dihidangkan dengan sebuah telefilem berjudul Dosa Semalam yang mana akan bersiaran semula pada 6 April 2024,hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi Cerekarama di saluran TV3.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Raja Mukhriz, penulisan skrip daripada Wan Mahani Wan Hassan dan diterbitkan oleh A. Aida Production Sdn. Bhd.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 6 April 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Idea Asal : Dato A. Aida
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Telefilem Dosa Semalam Bersiaran Di Cerekarama TV3

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Izzue Islam, Janna Nick, Khaty Azean, Tasha Shila, Raja Atiq Azman, Muaz Fitri, Aisyah Atan, Din Tamam, Dyna Maryana, Hadi Noh dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Izzue Islam sebagai Azlan
  • Janna Nick sebagai Khadijah
  • Khaty Azean sebagai Rosnah
  • Tasha Shila sebagai Munirah
  • Raja Atiq Azman sebagai Adam
  • Muaz Fitri sebagai Mukhriz
  • Aisyah Atan sebatai Kak Mun

Sinopsis Telefilem Dosa Semalam

Telefilem Dosa Semalam mengisahkan tentang Khadijah bersama Azlan yang mana perkahwinan mereka tidak direstui oleh ibu Azlan, Rosnah kerana tidak setaraf. Akibat daripada itu, Khadijah didera oleh ibu mentuanya semasa ketiadaan suaminya di rumah.

Rosnah melayan Khadijah seperti hampa abdi dengan melakukan segala kerja rumah tanpa belas kasihan sehingga sanggup melekapkan seterika di belakang badan menantunya.

Malah dia menabur pelbagai fitnah dan memaksa Khadijah memujuk Azlan supaya berkahwin dengan calon menantu pilihan hatinya.

Akhirnya selepas beberapa tahun Khadijah menjadi hamba kepada ibu mentuanya sendiri, akhirnya Azlan sendiri dapat menghidu tindakan ibunya tersebut. Sebaik mengetahuinya akan hal itu, dia nekad membawa isterinya berpindah ke rumah lain bersama anak mereka iaitu Adam.

Jadi apakah nasib ibu mentua Khadijah selepas perbuatannya diketahui oleh anaknya sendiri? Adakah akhirnya Rosnah mendapat balasan setimpal yang dilakukan terhadap menantunya atau berlaku sebaliknya?

Post a Comment

0 Comments