Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur Di TV1

Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur Di TV1

RTM bawakan telefilem khas Ramadan berjudul Perang Panjut Tujuh Likur yang akan menemui penonton pada 6 April 2024, hari Sabtu pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1 atau secara online di RTM Klik.

Telefilem santai ini merupakan terbitan produksi RTM sendiri iaitu daripada Unit Drama TV RTM, diarahkan oleh Epo Jenon dengan penulisan skrip daripada Rody Rokidy.

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 6 April 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Rody Rokidy
Pengarah : Epo Jenon
Produksi : Unit Drama TV RTM

Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur Di TV1

Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat seperti Datin Fadilah Mansor, Hamidah Wahab, Datuk Fauziah Nawi dan Dalimawati, Raf Roslee, Dina Allysha, Idan Aedan, Fathil Dani, Jeri, Sayyid Bakir dan ramai lagi.

  • Fauziah Nawi sebagai Numa
  • Fadilah Mansor sebagai Sabariah
  • Hamidah Wahab sebagai Hanan

Sinopsis Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur

Telefilem Perang Panjut Tujuh Likur mengisahkan tentang tiga wanita veteran yang dahulu semasa mudanya mereka bersahabat baik iaitu Hanan, Numa dan Sabariah.

Atas satu kejadian, mereka berseteru sehingga masing-masing berkahwin dan mempunyai anak yang belajar di universiti.

Menjelang Ramadan, Tok Su Piah (Ketua Kampung Wanita) mahu mengadakan pertandingan Pesta Panjut bagi meraikan malam tujuh likur di kampung mereka.

Pada awalnya, mereka bertiga menentang hasrat Tok Su Piah, kerana peristiwa panjut ciptaan mereka telah menyebabkan tragedi kematian suami Tok Su Piah dan rumah Tok Su Piah terbakar, menyebabkan mereka bertiga berseteru sehingga kini.

Namun dalam diam, mereka bertiga mempunyai perancangan tersendiri untuk turut serta dalam pertandingan pesta panjut itu dan seteru bertukar menjadi perang panjut.

Ketika mereka bertiga membuat persediaan dengan rekaan panjut, masing-masing ditimpa ujian dan dugaan yang membuatkan mereka berputus asa untuk menyertainya.

Hanan sebagai tukang jahit, mengalami masalah apabila tiga pelanggan meminta ganti rugi kerana tersalah kain dan jahitan.

Numa pula ustazah kampung yang mengajar mengaji, tertangkap dalam insiden ponteng puasa di satu pondok.

Sabariah mencari buluh sendiri, lalu dia terjatuh ke dalam curam dan terperangkap di situ beberapa hari kerana kakinya cedera tidak mampu berjalan.

Anak masing-masing iaitu Ali, Aisyah dan Umar bertemu dengan Tok Su Piah bagi mengetahui kisah sebenar mengapa ibu mereka berseteru, dan mencari jalan bagaimana untuk menyatukan semula persahabatan mereka.

Atas bantuan Ziyad, cucu kepada Tok Su Piah, Hanan dan Numa menyelamatkan Sabariah. Mereka bertiga merungkai kembali mengapa persahabatan mereka yang terjalin dulu menjadi renggang.

Mereka sedar akan khilaf masing-masing kerana ego, dan mahu menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna. Pengakhirannya, Ali, Aisyah dan Umar menyediakan panjut bagi menghiasai malam tujuh likur di surau buloh kampung mereka.

Post a Comment

0 Comments