Drama Wanita Syurga Di TV3 & iQIYI

Drama Wanita Syurga Di TV3 & iQIYI

Sempena Ramadan ini, TV3 bawakan sebuah lagi drama terbaru berjudul Wanita Syurga yang akan bersiaran mulai 15 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi slot Akasia di siaran tv tersebut.

Selain itu, drama yang bakal menggantikan My Lovely Driver ini juga turut boleh ditonton iaitu secara striming menerusi aplikasi iQIYI sejurus selepas tamat tayangan di tv khusus untuk pengguna VIP dan 48 jam seterusnya boleh distrim secara percuma.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama 35 episod ini merupakan terbitan syarikat produksi Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Reza Baharudin dengan hasil penulisan skrip daripada Sophilea.

Episod : 35
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 15 Mac 2024 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Sophilea
Pengarah : Reza Baharuddin
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

Drama Wanita Syurga Di TV3 & iQIYI

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Wanita Syurga seperti Siti Khadijah Halim, Redza Rosli, Nazim Othman, Riena Diana, Shah Iskandar, Puteri Khareeza, Marisa Yasmin, Amyza Aznan, Annie Mosha, Ariena Mikayla dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Redza Rosli sebagai Amar
  • Siti Khadijah Halim sebagai Ardini
  • Riena Diana sebagai Farah
  • Marissa Yasmin sebagai Aleeza
  • Nazim Othman sebagai Lukman
  • Shah Iskandar sebagai Firdaus
  • Puteri Khareeza sebagai Lenne
  • Wan Sharmila sebagai Hanis
  • Amyza Aznan sebagai Cik Mimi

Sinopsis Drama Wanita Syurga

Drama Wantia Syurga mengisahkan tentang seorang wanita bernama Ardini yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak iaitu Wanna dan Warith tetapi kehidupannya tidak sempurna.

Dia terpaksa berkorban demi melepaskan diri dari sebuah perkahwinan yang dicurangi oleh suami sendiri, Amar. Pengorbanan tersebut membuatkan dia tekad untuk mendapatkan kembali haknya.

Kedatangan Luqman yang merupakan seorang peguam syarie yang juga kawan sekampung Ardini membuatkan Ardini kembali bernafas dan nekad untuk mendapatkan kembali haknya yang di rampas oleh Amar dan Farah.

Mampukah Ardini mendapatkan semula hak nya yang hilang? Saksikan gandingan pertama Siti Khadijah dan Redza Rosli akan datang di TV3 dan iQIYI.

Drama Wanita Syurga Di TV3 & iQIYI

Post a Comment

0 Comments