Drama Terlanjur Cinta Di Viu

Drama Terlanjur Cinta Di Viu

Laman penstriman VIU bawakan sebuah lagi drama original berjudul Terlanjur Cinta yang akan menemui penonton mulai 14 Mac 2024, setiap Khamis hingga Sabtu yang mana akan mula ditayangkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Drama yang menonjolkan isu-isu sosial seperti kemiskinan, penyalahgunaan dadah dan poligami ini merupakan arahan Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh Erma Fatima daripada produksi Rumah Karya Cinta.

{tocify} $title={Table of Contents}

Episod : 12
Tayangan : Viu Original di Viu
Tarikh : Mulai 14 Mac 2024 (Khamis - Sabtu)
Masa : 12.00 pm
Penulis Skrip : Erma Fatima
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Rumah Karya Cinta

Drama Terlanjur Cinta Di Viu

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini termasuklah Syafiq Kyle, Puteri Balqis, Syafie Naswip, Khir Rahman, Syafi Tee, Umie Aida, Taqim Zaki, Anne Abdullah, Sharifah Sakinah, Eldania Zahra dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Puteri Balqis sebagai Aisyah
  • Syafiq Kyle sebagai Amir
  • Syafie Naswip sebagai Salleh
  • Khir Rahman sebagai Pak Majid
  • Syafi Tee sebagai Hassan
  • Umie Aida sebagai Mariam

Sinopsis Drama Terlanju Cinta

Drama Terlanjur Cinta mengisahkan tentang kisah Aisyah iaitu seorang gadis muda yang terpaksa berkahwin dengan Pak Majid yang merupakan seorang duda tua, demi menyelamatkan abangnya Salleh yang terlibat dengan dadah dan keluar daripada kemiskinan.

Disebabkan itulah, Aisyah melupakan cinta hatinya iaitu Amir. Meskipun perbezaan jarak umur antara mereka, Pak Majid berjaya menawan hati Aisyah atas sikap berbudi bahasa dan menawan yang ada padanya.

Namun, perkahwinan itu membawa konflik dan cabaran apabila Pak Majid membawa pulang isteri kedua dari kerja luarnya. Sementara itu, Amir, rakan Aisyah yang mencintainya, masih berharap untuk mendapatkan hati Aisyah.

Sementara itu, Amir yang menunggu Aisyah mempersoalkan dirinya, samada beliau masih berpeluang memberikan kebahagiaan kepada Aisyah.

Drama Terlanjur Cinta Di Viu

Post a Comment

0 Comments