Drama Khunsa Di Astro Ria

Drama Khunsa Di Astro Ria

Drama Khunsa pastinya menjadi antara drama yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat drama melayu tempatan kerana menampilkan sebuah penceritaan lain dari yang lain.

Jadi sempena Ramadan ini, anda boleh saksikan drama Khun:Sa yang akan menemui penonton mulai 11 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 9.00 malam menerusi Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Sooka.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama 28 episod yang menampilkan sehingga 70 barisan pealkon ini merupakan terbitan syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd. dan sepenuhnya diarahkan dan ditulis skrip oleh Shahrulezad Mohameddin.

Episod : 28
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 11 Mac 2024 (Isnin - Khamis)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Shahrulezad Mohameddin
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

Drama Khunsa Di Astro Ria

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Khunsa seperti Mikael Noah, Mhia Firdaus, Amalina Arham, Nadia Aqilah, Farah Ahmad, Azhan Rani, Sherry Alhadad, Megat Shahrizal, Laila Nasir, Zarina Zainoordin, Aedy Ashraf, Fauzi Nawawi, Muhsin Nadzli, Rafique dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Mikael Noah, Mhia Firdaus, Amalina Arham, Nadia Aqilah, Farah Ahmad sebagai Che Khun
  • Azhan Rani sebagai Wan Jusoh
  • Sherry Alhadad sebagai Zaiton
  • Laila Nasir sebagai Long Hawa
  • Megat Sharizal sebagai Ezad
  • Zarina Zainoordin sebagai Sarimah
  • Aedy Ashraf, Fauzi Nawawi, Muhsin Nadzli, Rafique sebagai Bakri

Sinopsis Drama Khunsa

Drama Khunsa bermula dengan kisah Wan Jusoh yang telah menimang anak bongsunya. Walaubagaimanapun sesuatu berlaku apabila, anaknya tersebur dilahirkan sebagai khunsa dan dia tidak boleh menerima takdir tersebut.

Jadi Wan Jusoh membuat keputusan untuk membesarkan anaknya tersebut sebagai seorang lelaki. Namun begitu, lama kelamaan, anaknya membesar dan cenderung kepada sifat perempuan. Ini menjadikan Wan Jusoh marah.

Ditambah lagi dengan kehadiran Zaiton yang menjadi ibu tiri kepada anak-anak Wan Jusoh dengan memperlakukan layanan yang tidak baik kepada anak-anak tersebut.

Pelbagai cabaran dan rintangan yang berlaku sepanjang Che Khun membesar sehingga dewasa dek kerana kesalahan bapanya yang menentukan jantinanya tanpa berfikir panjang ketika waktu kecil.

Apakah kesudahannya dalam drama Khun:Sa - Che Kun / Che Nisa.

Drama Khunsa Di Astro Ria

Post a Comment

1 Comments

  1. kawan2 opis semalam layan masa rehat..mcm menarik jugak ni

    ReplyDelete