Drama Malang Si Puteri Di Astro Ria

Drama Malang Si Puteri Di Astro Ria

Jangan lupa saksikan drama Malang Si Puteri yang akan menemui penonton mulai 11 Mac 2024, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi slot Tiara di Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go dan Sooka.

Drama 50 episod yang bakal menggantikan Pewaris Cinta ini merupakan terbitan syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd., diarahkan oleh Uchee Fukada dengan penulisan skrip daripada Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil.

{tocify} $title={Table of Contents}

Episod : 50
Bersiaran : Slot Tiara di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 11 Mac 2024 (Isnin - Jumaat)
Masa : 6.00 Petang
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik
Pengarah : Uchee Fukada
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

Drama Malang Si Puteri Di Astro Ria

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam drama ini seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Malek Maccrone, Wan Raja, Aidit Noh, Fahrin Ahmad, Azhar Sulaiman, Sahronizam Noor, Laila Nasir, Ani Maiyuni, Raja Azura, Muaz Fitri, Amylea Azizan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fasha Sandha sebagai Puteri
  • Hafreez Adam sebagai Sulaiman
  • Malek Maccrone sebagai Johan
  • Wan Raja sebagai Arman
  • Aidit Noh sebagai Fatah
  • Fahrin Ahmad sebagai Zaki
  • Azhar Sulaiman sebagai Mokhtar
  • Sahronizam Noor sebagai Salleh
  • Laila Nasir sebagai Saerah

Sinopsis Drama Malang Si Puteri

Drama Malang Si Puteri mengisahkan tentang watak Puteri yang bernasib malang dalam mengejar cinta sehingga dia terpaksa melalui satu insiden malang yang membawa hidupnya ke dalam penjara.

Sekiranya Puteri terbukti bersalah, kehidupannya akan berakhir di tali gantung. Kemudiannya muncul seorang peguam secara pro bono cuba menyelamatkan Puteri. Dari situ Puteri mula bercerita kisah malang dalam hidupnya dan kenapa dia akhirnya dipenjarakan di bilik akhir.

Drama Malang Si Puteri Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments