Telefilem Rujuk Di TV1

Telefilem Rujuk Di TV1

Saksikan telefilem Rujuk yang akan menemui penonton pada 24 Februari 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem yang pernah disiarkan pada tahun 2021 ini merupakan terbitan syarikat produksi Telemal Productions dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. serta diarahkan oleh pengarah tersohor Rashid Sibir.

Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 24 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Telemal Production Sdn. Bhd. dan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Telefilem Rujuk Di TV1

Pelakon & Watak

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Fimie Don, Yuna Rahim dan ramai lagi.

  • Rosyam Nor sebagai Jefry
  • Marissa Yasmin sebagai Dian
  • Yuna Rahim sebagai Amirah
  • Fimie Don sebagai Amirul

Sinopsis Telefilem Rujuk

Telefilem Rujuk mengisahkan tentang Jefry iaitu seorang suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga yang menjadi contoh suami mithali. Dia sentiasa melayani isterinya, Dian juga dua orang anaknya Amira dan Amirul dengan penuh kasih sayang.

Namun satu hari berlaku kejadian yang tidak pernah diduga sama sekali. Kematian rakan sepejabatnya yang dikenali sebagai Amy merubah segalanya. Amy yang dipercayai membunuh diri akibat kemurungan. Apatahlagi Amy berdepan dengan tekanan perasaan setelah ditinggalkan suami yang mati akibat kanser.

Ketika itu segala yang berlaku kepada Amy mula menghantui fikiran Jefry. Macam-macam berlegar di fikirannya menyebabkan fikirannya terganggu.

Pada masa sama Jefry tidak mahu musibah yang sama menimpa isteri dan anak-anaknya apabila dia disahkan mengidap kanser. Situasi sama yang pernah dilalui Amy dan suaminya sebelum ini.

Ketika itu tiada apa yang mampu dilakukan oleh Jefry. Apa yang terbayang di fikirannya dia rela mati sendirian jauh dari keluarganya kerana tidak sanggup melihat keluarganya menderita dan meratapi kematiannya.

Namun apakah jalan penyudahnya? Dapatkah mereka menerima ketentuan takdir bahawa ajal dan maut itu di tangan Allah yang Maha Pencipta?

Telefilem Rujuk Di TV1

Post a Comment

0 Comments