Telefilem Beli Adik Di TV2

Telefilem Beli Adik Di TV2

Saksikan telefilem Beli Adik yang akan menemui penonton semula pada 23 Februari 2024, bersiaran pada hari Jumaat, pukul 3.00 petang menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat produksi Suar Channel dan diarahkan oleh Khir Rahman dengan nukilan skrip daripada Siti Jasmina.

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 23 Februari 2024 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang
Penulis Skrip : Siti Jasmina
Pengarah : Khir Rahman
Produksi : Suar Channel

Telefilem Beli Adik Di TV2

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Fikri Nor Hady, Izz Ilham Nazuadi, Zain Hamid, Zarynn Min, Sheila Mambo, Rashidi Ishak, Joey, Zam Skool dan ramai lagi.

  • Izz Ilham sebagai Fendi

Sinopsis Telefilem Beli Adik

Telefilem mengisahkan Hazamin dan Nina yang merupakan pasangan suami isteri yang telah lama berkahwin. Kehidupan mereka bahagia dan miiliki kerjaya yang boleh dibanggakan. Sepanjang usia perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak iaitu Aizad.

Namun malangnya keluarga mereka kekurangan kasih sayang kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka. Situasi itu membuatkan Aizad anak tunggal mereka yang berusia 6 tahun dijaga oleh neneknya Maimon.

Masa berlalu Aizad mula rasa kesunyian. Apatahlagi bila melihat kawan-kawannya seronok bermain dengan adik-adik mereka. Aizad dapat merasakan bertapa seronok dan gembiranya mereka dapat meluangkan masa dengan adik beradik yang lain. Bukan seperti dirinya yang sentisa keseorangan.

Situasi itu membuatkan Aizad mahu seorang adik untuk menemaninya bermain dan melakukan apa sahaja bersama. Tetapi gaya hidup moden ibu bapanya yang sibuk membuat Aizad sedar permintaannya tidak akan dilayan. Semuanya pasti sia-sia belaka.

Fikirannya yang masih belum matang membuatkan Aizad mengambil keputusan cuba berusaha untuk membeli seorang adik. Dia beranggapan itu jalan mudah dan singkat untuk dia memenuhi impiannya memiliki seorang adik.

Aizad melakukan pelbagai usaha untuk mencapai matlamatnya. Secara tidak sengaja Aizad berhubung dengan sindiket haram menjual bayi dan berikutnya mengakibatkan Aizad diculik oleh sindiket haram itu.

Dengan kebijaksanaannya, Aizad cuba untuk melepaskan diri dan melaporkan aktiviti sindiket haram itu ke balai polis. Harapannya hanya satu supaya sindiket itu berjaya ditumpaskan. Dia sudah tidak peduli lagi tentang usahanya mahu mendapatkan adik dengan cara mudah.

Namun adakah usahanya berjaya? Mampukah Aizad berjaya menyuntik kesedaran ibu bapanya bahawa keluarga lebih utama daripada segala kekayaan yang ingin dikecapi mereka?

Post a Comment

0 Comments