Filem TanTiAna Di Pawagam Mulai 29 Februari 2024

Filem TanTiAna Di Pawagam Mulai 29 Februari 2024

Saksikan filem Tan-Ti-Ana yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 29 Februari 2024, hari Khamis sehingga seterusnya.

Sebuah filem bergenre seram komedi ini merupakan terbitan syarikat produksi Dream A Work dengan kerjasama NHF Production, diarahkan oleh Rosdi Md Dali dengan nukilan skrip daripada Syareel Izam Ali.

Filem ini telah menjalani penggambaran pada tahun 2018 dan kini 2024 barulah ianya ditayangkan di pawagam. Untuk info, filem ini merupakan lakonan terakhir pelawak popular Allahyarham Abam Bocey sebelum beliau meninggal pada tahun 2020.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 29 Februari 2024 (Khamis)
Penulis Skrip : Syareel Izam Ali
Pengarah : Rosdi Md Dali
Produksi : Dream At Work Sdn. Bhd. & NHF Production Sdn. Bhd.

Filem TanTiAna

Pelakon & Watak

Ramai nama-nama pelakon popular terlibat dalam filem TanTiAna ini seperti Atikah Suhaimie, Jay Iswazir, Joey Daud, Zalif Sidek, Baby Shim, Kamarool Hj. Yusoff, Kazar Saisi, Bocil Bancin dan Abam Bocey.

Selain itu, terdapat juga penampilan daripada Mon Ryanti, Nor Albaniah, Mas Khan, Amai Kamarudin, Tauke Jambu, Noramin Mosyi Mosyi dan ramai lagi.

  • Atikah Suhaimie sebagai Tantiana
  • Jay Iswazir sebagai Razman
  • Joey Daud sebagai Jojo
  • Zalif Sidek sebagai Roy
  • Baby Shima sebagai Mona
  • Kamarool Hj Yusoof sebagai Dato Kadir
  • Kazar sebagai Wak Jambalee
  • Bocil Bancin sebagai Amir
  • Abam Bocey sebagai Belon

Sinopsis Filem TanTiAna

Filem Tan-Ti-Ana mengisahkan tentang Tiga rakan dalam industri penerbitan filem yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan akhirnya mendapat projek filem seram. Mereka berazam untuk melakukan yang terbaik sehingga sanggup menggunakan hantu sebenar untuk berlakon dalam filem itu.

Filem TanTiAna

Post a Comment

0 Comments