Filem Janna Endoro Di Pawagam

Filem Janna Endoro Di Pawagam

Saksikan filem Janna Endoro yang ditayangkan mulai 22 Februari 2024, hari Khamis dan seterusnya di pawagam seluruh Malaysia. Jom datang beramai-ramai untuk menyaksikannya.

Sebuah filem aksi yang menampilkan wanita sebagai watak utama atau hero dalam cerita ini. Ianya merupakan karya arahan Sham Jr dimana hasil daripada idea Engku Seri Kelantan.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 22 Februari 2024
Idea Asal : Engku Seri Kelantan
Penulis Skrip : Nayie Klate dan DCSB Team
Pengarah : Sham Jr
Produksi : Double Channel Sdn. Bhd.

Filem Janna Endoro Di Pawagam

Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam filem Janna Endoro ini ialah Trisha Ooi, Pekin Ibrahim, Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan, Zoee Tan, Syed Aiman, Kamarool Hj. Yusoff, Zalfa Zin, ZZ Zamri, Danie X-Factor dan ramai lagi.

  • Trisha Ooi sebagai Janna
  • Pekin Ibrahim sebagai Mat Dan
  • Wan Hanafi Su sebagai Che Omar
  • Kamarool Hj. Yusoff sebagai Pok Kie
  • Danie X-Factor sebagai Jani

Sinopsis Filem Janna Endoro

Filem Janna Endoro mengisahkan Janna seorang isteri yang patuh dan taat kepada suaminya, Mat Dat. Mereka mempunyai seorang anak perempuan berumur 3 tahun, Dhia. Suaminya seorang kaki baran, kerja tidak menentu, kaki lalok, berjudi dan berhutang sehinggakan suaminya menjadi buruan Ah Long.

Walaupun Janna tetap bekerja membantu menyara keluarganya, dia selalu kena marah dan dipukul oleh suaminya. Malah, suaminya juga memaksa Janna menjual maruah untuk membayar hutang!

Suatu hari, Janna terjatuh dalam sungai dan suaminya menjangka Janna sudah mati, tetapi Janna telah diselamatkan oleh Che Omar, seorang guru silat. Kemudiannya, Janna dapat tahu anaknya diculik kerana gagal membayar hutang.

Janna nekad untuk mendapatkan kembali anaknya, jadi dia bersiap diri sepenuhnya dengan dorongan gurunya, Che Omar, yang memberi semangat kepadanya.

Di saat Janna pergi mencari anaknya, dia terserempak dgn suaminya yang juga sedang mencari anaknya juga. Adakah Janna dan Mat Dat dapat berjumpa kembali anak mereka?

Filem Janna Endoro Di Pawagam

Post a Comment

0 Comments