Drama I.D (Swipe Steal Love) Astro Originals Di Astro Premier

Drama I.D (Swipe Steal Love) Astro Originals Di Astro Premier

Drama I.D (Swipe Steal Love) Astro Originals Di Astro Premier

Saksikan drama I.D - Swipe, Steal, Love yang akan menemui penonton bermula 23 Februari 2024, bersiaran setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam secara eksklusif di Astro Premier 410 dan Astro Ria atau waktu lebih awal jam 12.00 tengah malam pada hari dengan strim di On Demand.

Sebuah lagi masterpiece daripada Astro Originals bakal dipertontonkan kepada orang ramai menerusi arahan Razaisyam Rashid yang mana sebelum ini beliau pernah hardir dengan karya hebat iaitu Projek Anchor SPM.

Kali ini siri premium I.D bakal mempertengahkan sebuah kisah yang sering berlaku dalam dunia media sosial terutamanya berkaitan keselamatan data dan jenayah siber yang berkaitan dengan penggunaan data peribadi.

Episod : 8
Tayangan : Astro Originals di Astro Premier 410
Tarikh : Mulai 23 Februari 2024 (Setiap Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Ashraf Modee Zain
Pengarah : Razaisyam Rashid
Produksi : Astro Shaw & Alpha47

Drama I.D (Swipe Steal Love) Astro Originals Di Astro Premier

Pelakon & Watak Lakonan

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama I.D ini seperti Naim Daniel, Amelia Henderson, Aedy Ashraf, Datuk Rosyam Nor, Ellyza Azizi, Shantini Venugopal, Joyce Harn, Jo Kukathas, Amerul Affendi, Betty Banafe, Sharifah Amani, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

  • Naim Daniel sebagai Aidi Zabran/Tengku Remy
  • Amelia Henderson sebagai Anggun Zahara
  • Aedy Ashraf sebagai Jazman Rahim
  • Datuk Rosyam Nor sebagai Rahim Abadi
  • Ellyza Azizi sebagai Alia Mukhriz
  • Shantini Venugopal sebagai Patti Shanti
  • Joyce Harn sebagia Jo
  • Jo Kukathas sebagai Dato' Kumari Lakshmi

Sinopsis Drama I.D

Drama I.D mengisahkan tentang Aidi iaitu seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS apps iaitu sebuah aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa.

Pada suatu hari, Jazman iaitu pengurus syarikat dimana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah secara tiba-tiba.

Disebabkan itu, dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak dan ditambah pula apabila melihat kemesraan Agguna iaitu gadis idalam Aidi sering bersama Jazman.

Dengan sebab itu juga, Aidi membuat keputusan untuk mencuri data dan maklumat 27.7 juta pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baru iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dan cuba dapatkan Anggun.

Selain itu, data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab demi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Namun, tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi. Adakah dia mampu untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah tersebut?

Drama I.D (Swipe Steal Love) Astro Originals Di Astro Premier

Post a Comment

1 Comments