Telefilem Jodoh Tak Salah Alamat Di T3

Telefilem Jodoh Tak Salah Alamat Di T3

Telefilem Jodoh Tak Salah Alamat Di T3

Jangan lupa saksikan telefilem Jodoh Tak Salah Alamat yang akan bersiaran semula pada 18 Februari 2024, hari Ahad, pukul 9.00 malam menerusi slot Cereka Ahad di TV3 atau boleh juga tonton secara online di platform Tonton.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Excellent Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin serta nukilan skrip daripada Farhana Fauri dan Nurul Malawati.

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cereka Ahad di TV3
Tarikh : 18 Februari 2024 (Ahad)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Nurul Malawati, Farhana Fauri
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat seperti Akim Ahmad, Raysha Rizrose, Sharifah Shahora, Adam Shah, Tunku Hanis, Elanie, Adam Shadan dan ramai lagi.

  • Akim Ahmad sebagai Luqman
  • Raysha Rizrose sebagai Diana/Adawiyah

Sinopsis Telefilem Jodoh Tak Salah Alamat

Telefilem Jodoh Tak Salah Alamat mengisahkan tentang Luqman yang pernah mengenali seorang gadis bernama Diana ketika Diana melanggar keretanya dahulu.

Diana berpenampilan seksi dan mengamalkan cara hidup barat membuatkan Luqman bersangka buruk terhadap Diana.

Satu hari, Luqman ke masjid dan terserempak dengan seorang gadis cantik iaitu Adawiyah. Tanpa mengetahui, Adawiyah dan Diana adalah orang yang sama. Diana pernah terlibat dengan kemalangan dan sejak itu hidupnya berubah sepenuhnya.

Post a Comment

0 Comments