Telefilem Terima Kasih Ibu Di TV3

Telefilem Terima Kasih Ibu Di TV3

Pada tahun 2019, telefilem Terima Kasih Ibu pertama kali disiarkan di TV3 dan kali ini, ianya akan ditayangkan semula untuk tontonan ramai.

Telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Nafiz Muaz, Sherie Merlis, Nad Zainal, Azhan Rani dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Terima Kasih Ibu Di TV3

Sinopsis Telefilem Terima Kasih Ibu

Telefilem Terima Kasih Ibu mengisahkan tentang seorang remaja bernama Nil Jibril yang mana dia merupakan seorang pelajar bermasalah. Lebih teruk lagi, ibunya Zaitun pula amat membantah perbuatan  guru yang menghukum kesalahan anaknya itu.

Situasi bertambah buruk apabila Nil Jibril telah memukuI rakan sekolahnya dengan teruk sekaligus mengakibatkan dia dimasukkan ke sekolah juvana. Setelah keluar dari sekolah juvana, Nil Jibril terjebak pula dengan jenayah baru sehingga dimasukkan ke penjara. 

Ketika ini, Nil mula menyesali segala perbuatan buruknya. Namun semuanya sudah terlambat apabila Nil dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Zaitun juga terpaksa menerima hakikat bahawa semua masalah ini berpunca dari sikapnya yang suka menyebelahi Nil apabila remaja itu melakukan masalah.

Barisan Pelakon

Telemovie ini menampilkan barisan pelakon seperti Nafiz Muaz, Sherie Merlis, Nad Zainal, Azhan Rani, Firdaus Ghufran, Idham Maulana, Adam Corrie dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nafiz Muaz sebagai Nil Jibril Mikail
  • Sherie Merlis sebagai Puan Zaitun
  • Nad Zainal sebagai Tatie
  • Azhan Rani sebagai Cikgu Malik
  • Firdaus Ghufran sebagai Kimi
  • Idham Maulana sebagai Khai
  • Adam Corrie sebagai Brahim

Produksi & Pengarah

Naskah ini merupakan arahan Fairuz Loy, penulisan skrip daripada Shah Rizal Mashur dan diterbitkan oleh produksi A. Aida Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Terima Kasih Ibu pada 20 Januari 2024, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan strim di Tonton.

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Skrip : Shah Rizal Mashur
Pengarah : Fairuz Loy
Produksi : A. Aida Production Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments