Telefilem Mak Nak Peluk Boleh (TV3)

Telefilem Mak Nak Peluk Boleh (TV3)

Hujung minggu anda kali ini akan disajikan dengan sebuah telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 yang lalu dan kini disiarkan semula iaitu 'Mak Nak Peluk Boleh'.

Telefilem yang menampilkan lakonan daripada Nasha Aziz dan Rita Rudaini sebagai teraju utama disamping pelakon-pelakon lain.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Mak Nak Peluk Boleh

Sinopsis Telefilem Mak Nak Peluk Boleh

Telefilem Mak Nak Peluk Boleh mengisahkan tentang Syafikah yang telah berpindah ke ibu negara bersama anaknya Nelly Syakira apabila menerima tawaran kenaikan pangkat di sebuah syarikat swasta terkenal dan meninggalkan suaminya, Arul yang bertugas di Sarawak.

Namun dia terlalu obses dengan kerja. Anak yang menjadi mangsa stressnya. Dia telah menghantar anaknya kepada penjaga Miss Daisy. Disitulah tempat anaknya selalu meluahkan perasaan dengan  Miss Daisy.

Namun kemesraan Miss Daisy dengan Nelly tidak lama apabila ibunya mengambil keputusan untuk memindahkan dia ke tempat lain.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefielm ini ialah Nasha Aziz, Rita Rudaini, Norman Hakim, Dato' Fizz Fairuz, Ruminah Sidek, Adik Dhia Ly, Adik Gen, Syed Irfan Munawi, Norhisham dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Nasha Aziz sebagai Daisy
  • Rita Rudaini sebagai Syafiqah
  • Norman Hakim sebagai Fikri
  • Dato' Fizz Fairuz sebagai Arul
  • Ruminah Sidek sebagai Mak Ton
  • Adik Dhia Ly sebagai Nelly Syakira
  • Adik Gen sebagai Ashman

Telefilem Mak Nak Peluk Boleh

Produksi & Pengarah

Telemovie yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan pengarah tersohor Rashid Sibir, penulisan skrip daripada Azlina Din dan diterbitkan oleh produksi Ansar Creative Media Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Saksikan telefilem Mak Nak Peluk Boleh yang akan bersiaran semula pada 20 Januari 2024, hari Sabtu pada pukul 2.00 menurusi slot Cereka Pilihan di TV3 dan secara striming di Tonton.

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 20 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Azlina Din
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : Ansar Creative Media Sdn. Bhd.

Telefilem Mak Nak Peluk Boleh (TV9)

Post a Comment

0 Comments