Telefilem Langgar Pantang Di Astro Ria

Telefilem Langgar Pantang Di Astro Ria

Astro Ria menerusi slot terbaru pada Jumaat malam membawakan telefilem Langgar Pantang yang akan bersiaran pada 12 Januari 2024.

Telefilem ini menampilkan gandingan Nadiya Nissa dan Amar Baharin sebagai teraju utama penceritaan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Langgar Pantang Di Astro Ria

Sinopsis Telefilem Langgar Pantang

Elis mengalami keguguran dan menjalani proses berpantang mengikut tradisi Melayu, tetapi segalanya menjadi kelam kabut apabila pembantunya secara tidak sengaja mendedahkan rahsia yang Elis sembunyikan.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Nadiya Nisaa, Amar Baharin, Fadilah Mansor, Nuremy Ramli, Ruzaidi Abdul Rahman, Sharifah Antasha dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nadiya Nisaa sebagai Elis
  • Amar Baharin sebagai Hilman
  • Fadilah Mansor sebagai Kak Faridah
  • Nuremy Ramli sebagai Husna
  • Ruzaidi sebagai Wak
  • Sharifah Antasha sebagai Puan Huda

Produksi & Pengarah

Telefilem seram ini merupakan arahan Izuan Mokhtar, idea daripada panel skrip MIG sendiri dan diterbitkan oleh produksi MIG Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Langgar Pantang pada 12 Januari 2024, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan secara online di Astro Go.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : 12 Januari 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Idea : Panel Skrip MIG
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : MIG Production Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments