Telefilem Mark Masuk Jawi Di Astro Warna

Telefilem Mark Masuk Jawi Di Astro Warna

Seleksi telefilem malam Sabtu diteruskan lagi dengan sebuah lagi telefilem komedi iaitu berjudul Mark masuk Jawi yang akan menemui penonton pada 13 Januari 2024.

Walaupun tajuk menggunakan 'Mark' tetapi kali ini tidak melibatkan Mark Adam, tetapi daripada seorang pengacara tv iaitu Mark O'Dea yang menjadi teraju utama untuk cerita ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Mark Masuk Jawi Di Astro Warna

Sinopsis Telefilem Mark Masuk Jawi

Telefilem Mark masuk Jawi mengisahkan tentang Mark iaitu seorang lelaki mat salleh yang sudah setahun berkahwin dengan Suraya.

Dia terpaksa berdepan dengan kebimbangannya apabila bapa mertuanya mengarahkannya menjalani khatan tradisional.

Kecoh sekampung apabila Majlis Berkhatan tahunan kali ini menampilkan seorang mat salleh yang merancang untuk melarikan diri bersama kanak-kanak yang lain.

Barisan Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telemovie ini ialah Mark O'Dea, Sharifah Sakinah, Razak Ahmad, Dewa Arteh, Hatta Henry, Shukri Tahir, Zulgan dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Mark O'Dea sebagai Mark
  • Sharifah Sakinah sebagai Suraya
  • Razak Ahmad sebagai Penghulu Azam
  • Dewa Arteh sebagai Arju
  • Norazlina Ismail sebagai Mak Hajar
  • Zulgan sebagai Tok Mudim Ali

Telefilem Mark Masuk Jawi Di Astro Warna

Produksi & Pengarah

Telemovie ini merupakan arahan Reen Emran, penulisan skrip daripda Eenaz Mokhtar dan diterbitkan oleh produksi Playwright Pictures Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan terlepas untuk saksikan telefilem Mark Masuk Jawi yang akan bersiaran pada 13 Januari 2024, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 dan secara online di Astro Go.

Selain itu, jika anda bukan pengguna Astro, anda boleh saksikan telefilem ini menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile selepas selesai tayangan di tv.

Info Penuh Telemovie

Tayangan : Astro Warna 107
Tarikh : 13 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Pengarah : Reen Emran
Produksi : Playwright Pictures Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments