Drama Kau vs Aku 2 Di Astro Ria Kesinambungan Daripada Musim Pertama

Drama Kau vs Aku 2 Di Astro Ria Kesinambungan Daripada Musim Pertama

Selepas kejayaan di musim pertama menjadi siri hiburan no.1 di Sooka, Astro tidak berdiam diri apabila menerbitkan untuk musim kedua pula iaitu menerusi 'Kau vs Aku 2'.

Drama siri 8 episod ini merupakan kesinambungan daripada yang musim pertama dimana akan mula bersiaran pada 10 Januari 2024.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Kau vs Aku 2

Sinopsis Drama Kau vs Aku 2

Drama Kau vs Aku 2 merupakan kesinambungan kisah Aulia yang pulang ke tanah air selepas gagal mencapai impiannya di luar negara.

Aulia sambung pengajian di sebuah universiti tempatan dan secara kebetulan bertemu kembali dengan cinta lamanya, Danish.

Di kolej itu juga, Aulia bertemu dengan Farhan yang cuba memikat hatinya manakala Danish pula cuba dipikat oleh Hajar. Apakah yang bakal terjadi pada mereka? 

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini seperti Shasha Abedul, Dini Schatzmann, Chubb-E, Mia Sara Shauki, Nabil Aqil, Yuna Rahim dan Ellyza Aziera Azizi.

Selain itu, terdapat juga pelakon pembantu iaitu Marisa Yasmin, Arash Mohd, Imran Aqil, Scha Elinnea, Akmal Asyraf, Anwar Hadi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha
  • Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan
  • Chubb-E sebagai Zafran
  • Mia Sara Shauki sebagai Shanina
  • Nabil Aqil sebagai Farhan
  • Yuna Rahim sebagai Sophea
  • Ellyza Aziera Azizi sebagai Hajar
  • Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin
  • Arash Mohd sebagai Encik Ridhuan
  • Imran Aqil sebagai Ashraf
  • Scha Elinnea sebagai Balqis

Drama Kau vs Aku 2

Produksi & Pengarah

Drama adaptasi web novel Wattpad ini merupakan arahan Khairi Anwar, penulisan skrip daripada Anwar Hadi, Suzanne Ong serta Khairi Anwar dan diterbitkan oleh produksi Red Comm.

Waktu Bersiaran

Saksikan drama siri original Gempak Kau vs Aku 2 mulai 10 Januari 2024, bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam menerusi slot Dramavaganza di Astro Ria dan aplikasi Sooka.

Info Penuh Drama

Episod : 8
Tayangan : Slot Dramavaganza Astro Ria & Sooka
Tarikh : Mulai 10 Januari 2024 (Rabu & Khamis)
Masa : 9.00 Malam
Skrip : Anwar Hadi, Suzanne Ong, Khairi Anwar
Pengarah : Khairi Anwar
Produksi Red Communication Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments