Telefilem Hierarki Di Astro Ria Menampilkan Lakonan Hero Remaja 2021

Telefilem Hierarki Di Astro Ria Menampilkan Lakonan Hero Remaja 2021

Saksikan telemovie Hierarki yang akan menemui penonton semula pada 3 Februari 2024, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam di Astro Ria atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Cerita ini pada asalnya ditayangkan pada tahun 2021 dengan melibatkan finalis Hero Remaja 2021 bersama-sama pelakon popular yang lain.

Telefilem yang mempunyai vibe ala-ala Squid Game ini merupakan terbitan Ideaktiv, diarahkan oleh sutradara Boyfareedsharif yang juga merankap sebagai penulis skrip untuk karya ini.

Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Astro Ria 104
Tarikh : 3 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Boy Fareed Sharif
Pengarah : Boy Fareed Sharif
Produksi : Ideaktiv

Telefilem Hierarki Di Astro

Barisan Pelakon

Finalis Hero Remaja 2021 yang terlibat dalam telefilem ini ialah Mierul Aiman, Syazani Zainal, Zaid Erakad, Zaim Yazid, Afiq Hamidon, Alif Haiqal, Amir Ahnaf, Aryan Naim, Aqil Taqee, Ideen Azman, Farhan Nordin dan Fazziq Muqris.

Selain itu, antara pelakon lain yang terlibat seperti Dato’ Rosyam Nor, Namron, Kamarool Hj Yusof (Che Man), Fauzi Nawawi,  Pablo Amirul, Razman Mahayudin, Nina Amin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fazziq Muqris sebagai Fazz
  • Mierul Aiman sebagai Megat
  • Afiq Hamidon sebagai Jali
  • Amir Ahnaf sebagai Ijan
  • Aryan Naim sebagai Ben
  • Ideen Azman sebagai Wafi
  • Zaid Erakad sebagai Saikoboi
  • Namron sebagai Pak Yus

Sinopsis Telefilem Hierarki

Telefilem Hierarki mengisahkan tentang 6 pemuda dari latar belakang sosio-ekonomi yang berbeza yang mana pada akhirnya membina satu ikatan setiakawan dalam jangkamasa yang singkat.

Mengisahkan Fazz iaitu seorang selebriti media social, Ijan (seniman jalanan), Megat (si gelandangan), Jali (bekas banduan), Wafi (pemuda istimewa juga mangsa buli) serta Saikoboi (seorang gamer yang punya banyak hutang) dimana mereka ini telah dijemput menyertai satu eksperimen psikologi rahsia di suatu kordinat yang tiada titik liputan.

Mereka dan 4 lagi peserta diuji secara fizikal dan mental di sebuah kapal korek usang. Hanya yang berjaya akan selamat, yang gagal maut menjelang.

Experimen ini telah menjadi pemangkin kepada perubahan emosi, pemikiran, kepercayaan dan ketahanan anak-anak muda ini. Pelbagai debaran sepanjang mereka menjalani penyelidikan ini- termasuk komplot balas dendam bertahun tiba-tiba muncul yang akhirnya menyemarakkan kemarahan.

1 demi 1 tewas. Yang selamat bertungkus lumus untuk melepaskan diri dari experimen ini. Mampukah mereka melakukannya?

Telefilem Hierarki Di Astro

Post a Comment

1 Comments