Drama Boleh Saya Bantu Di TV3

Drama Boleh Saya Bantu Di TV3

Saksikan drama terbaru Boleh Saya Bantu? yang akan mula bersiaran pada 2 Februari 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Dram 13 episod yang menggantikan Hawt Fellas ini merupakan terbitan syarikat produksi Tanah Beris Filem Production, diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip daripada MF Kencana.

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3
Tarikh : Bermula 2 Februari 2024 (Khamis - Sabtu)
Penulis Skrip : MF Kencana
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

Drama Boleh Saya Bantu Di TV3

OST Drama

Lagu : Eh Mari Tengok Tu
Penyanyi : Andi Bernadee
Komposer : Iqie Hugh, Aniq Iffat
Lirik : Iqie Hugh, Aniq Iffat

Barisan Pelakon

Antara nama-nama pelakon yang membintangi drama ini seperti Andri Bernadee, Riena Diana, Wanie Ooi, Nasz Sally, Mark Adam, Zaid Erakad, Arisa Yamanaka, Lela Kadir, Kazar Saidi, Didie Alias dan Noorkhiriah.

Selain itu, terdapat juga penampilan pelakon seperti Salina Saibi, Johan As'ari Maria Farida, Ropie, Alif Hadi, Shamsul Ghau Ghau, Afifah Nasir, Najua P. Ramlee, Acong Sweetchild, Razak Ahmad dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Andi Bernadee sebagai Nasar
  • Riena Diana sebagai Farida
  • Wanie Ooi sebagai Haiza
  • Nasz Sally sebagai Almya
  • Mark Adam sebagai Sudin
  • Zaid Erakad sebagai Rashid
  • Arisa Yamanaka sebagai Mika

Sinopsis Drama Boleh Saya Bantu?

Drama Boleh Saya Bantu mengisahkan tentang Nasar yang mulakan kerja baru dengan jawatan sebagai penyambut tetamu hotel meskipun memasang impian untuk menjadi seorang tukang angkut atau 'bellboy'.

Jawatan ini sebenarnya ditawarkan oleh Farida yang dengan keputusan tersebut, ianya telah menimbulkan persengketaan antaranya dengan Almya iaitu pegawai sumber kemanusiaan di hotel tersebut.

Bukan mudah bagi Nasar untuk menyesuaikan diri di tempat baru. Dengan kurang pengalaman dan kini dia perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah dan masalah tetamu hotel yang tidak masuk akal dan sekali gus merungsingkan Nasar sendiri.

Dia perlu belajar untuk terima segala masalah tersebut dan cuba menyelesaikan dengan profesional. Namun adakah dia berjaya untuk melakukannya? Adakah akan ada rakat sekerja yang membantu atau biarkan sahaja?

Drama Boleh Saya Bantu Di TV3

Post a Comment

0 Comments