Telefilem Wakaf Dosa Di TV3

Telefilem Wakaf Dosa Di TV3

Jika tiada urusan pada malam jumaat akan datang ini, anda boleh saksikan ulangan telefilem Wakaf Dosa yang sarat dengan pengajaran sepanjang penceritaan.

Telefilem ini menampilkan penerbit sendiri antara teraju utama iaitu Rosyam Nor disamping pelakon hebat lain seperti Farahdhiya dan Sweet Qismina.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Wakaf Dosa Di TV3

Sinopsis Telefilem Wakaf Dosa

Telefilem Wakaf Dosa mengisahkan tentang Bakri Zain yang merupakan seorang pelakon yang memenangi banyak anugerah dan rezekinya tidak pernah putus.

Dalam masa yang sama Danial Muhaimin seorang pelakon terkenal yang mula mencemburui Bakri apabila sering dibanding-bandingkan.

Daniel bertambah marah apabila festival filem terpaksa menarik keluar namanya dan memilih Bakri Zain sebagai calon untuk kategori pelakon lelaki terbaik. Sejak dari itu, hasad dengki mula muncul dalam diri Daniel.

Puteri Najwa merupakan anak sulung Bakri kini dan sedang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Najwa ingin mengejar impiannya menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar.

Berbeza dengan kejayaan ayahnya yang lebih menjurus ke 'Dunya', Najwa pula menjadikan 'Akhirat' sebagai titiannya untuk ke syurga. Namun, Najwa tidak pernah sesekali meragui atau 'judgemental' pada ayahnya.

Suatu hari, sebuah video skandal seks Bakri Zain bersama dua orang perempuan viral di media sosial. Bakri terduduk dan terkelu apabila mendapat tahu tentang video itu. Bakri puas berfikir siapa yang sanggup memfitnah dan menganiayainya.

Itu merupakan titik permulaan kehancuran 'Bakri Zain'. Bakri mula tersedar yang dirinya jauh daripada Allah. Baginya agama itu adalah sekadar tanggungjawab terhadap keluarga sahaja tapi bukan untuk dirinya.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telemovie ini seperti Datuk Rosyam Nor, Izzue Islam, Farahdhiya, Sweet Qismina, Esma Daniel, Nazafee DFKL, Adriana DFKL, Awie Dean, Daniell Fiq dan ramai lagi.

Telefilem Wakaf Dosa Di TV3

Watak Lakonan

  • Datuk Rosyam Nor sebagai Bakri Zain
  • Izzue Islam sebagai Danial
  • Farahdhiya sebagai Nazirah
  • Sweet Qismina sebagai Puteri
  • Nazafee sebagai Adam
  • Adriana sebagai Syifa

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan arahan Feroz Kader, penulisan skrip daripada Citra Abdullah dan diterbitkan oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Waktu Siaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Wakaf Dosa yang akan menemui penonton semula pada 15 Disember 2023, hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh striming di Tonton secara HD.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : TV3
Tarikh : 15 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Citra Abdullah
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Telefilem Wakaf Dosa Di TV3

Post a Comment

0 Comments