Telefilem Anak Syurga (TV3)

Telefilem Anak Syurga (TV3)

Slot Cerekarama minggu ini bawakan semula telefilem Anak Syurga yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 dan kini menemui penonton semula.

Telefilem ini menampilkan gandingan pelakon Ashraff Muslim dan Intan Ladyana disamping pelakon-pelakon lain lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Anak Syurga Di TV3

Sinopsis Telefilem Anak Syurga

Telefilem Anak Syurga mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri, Ikmal dan Azah yang mengecapi kebahagian apabila mereka dikurniakan anak dalam keluarga mereka iaitu Adam.

Namun begitu, kebahagiannya adalah sementara apabila Adam disahkan mengalami autism. Sejak itu, Ikmal mula mengabaikan Adam dan rumah tangga mereka mula goyang.

Pak Sahak yang bekerja sebagai tukang cuci di syarikat Ikmal perasan tentang perubahan Ikmal dan sering menasihati Ikmal. Suatu hari Ikmal bertembung dengan Pak Sahak di tepi jalan kerana motorsikalnya rosak ketika baru pulang dari kedai membeli hadiah untuk anak-anaknya.

Ikmal menumpangkan Pak Sahak hingga ke rumah. Di rumah Pak Sahak, Ikmal terkejut apabila mengetahui kedua-dua anak Pak Sahak adalah OKU. Ikmal terharu melihat keluarga Pak Sahak yang bahagia walaupun hidup dalam sederhana.

Barulah dia sedar bahawa selama ini dia tidak pernah bersyukur dengan pemberian Allah. Lantas dia teringat Adam yang tidak mendapat kasih sayang dan mula menyayangi Adam.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Ashraff Muslim, Intan Ladyana, Nik Adam Mika, Sheila Mambo, Rosnah Johari, Hasnul Rahmat dan ramai lagi.

Telefilem Anak Syurga Di TV3

Watak Lakonan

  • Ashraff Muslim sebagaik Ikmal
  • Intan Ladyana sebagai Azah
  • Nik Adam Mika sebagai Adam

Produksi & Pengarah

Telemovie yang pernah popular di tahun 2019 ini merupakan arahan Along Kamaludin dan diterbitkan oleh produksi Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem ANAK SYURGA yang akan bersiaran semula pada 16 Disember 2023, hari Sabtu, pukul 10.00 malam di slot Cerekrama TV3 dan boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 16 Disember 2023 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Telefilem Anak Syurga Di TV3

Post a Comment

1 Comments

  1. bagus pengajaran yg iingin ditonjolkan di dalam drama ini.

    ReplyDelete