Telefilem Dejavu Di TV2

Telefilem Dejavu Di TV2

Telefilem Dejavu akan menemui penonton semula pada 12 Disember ini menerusi slot Drama On 2 di TV2. Tayangan asal adalah pada tahun 2022.

Devaju menampilkan barisan pelakon seperti Azar Azmi, Fadlan Hazim, Kirana Batrisyia dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Dejavu Di TV2

Sinopsis Telefilem Dejavu

Telefilem Dejavu menceritakan tentang Izara yang mengalami gangguan mental kerana suaminya telah berlaku curang. Disebabkan itu, dia telah merancang pembunuhan suaminya.

Malangnya kemalangan yang dirancang Izara untuk membunuh suaminya telah menyebabkan 2 orang anaknya terkorban. Akibatnya, peristiwa tersebut telah berulang-ulang datang dalam mimpinya sehingga terbawa-bawa ke alam realiti hidupnya.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini ialah Azar Azmi, Fadlan Hazim, Kirana Batrisyia, Syed Muhammad Baqir, Juita Johari, Syafnida Shuhaimi dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Azar Azmi sebagai Izara
  • Fadlan Hazim sebagai Hanif
  • Syed Muhammad Baqir sebagai Rayyan
  • Kirana Batrisyia sebagai Haira
  • Juita Johari sebagai Mama
  • Syafnida Shuhaimi sebagai Julia

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Amzari Amri, penulisan skrip daripada Adza Emie dan diterbitkan oleh syarikat produksi Danau Sempurna Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Dejavu pada 12 Disember 2023, hari Selasa, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 12 Disember 2023 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Amzari Amri
Produksi : Danau Sempurna Sdn. Bhd.

Telefilem Dejavu Di TV2

Post a Comment

0 Comments