Telemovie Qalbu TV3

Telemovie Qalbu TV3

Sebelum ini, telefilem Qalbu pernah disenaraikan dalam calon Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin (ASK) 2018 dan salah seorang pelakon dalam cerita ini iaitu Fauzi Nawawi menang Anugerah Pelakon Pembantu Lalaki Terbaik.

Kini drama yang menampilkan pelakon lain seperti Faizal Hussein dan Fasha Sandha ini akan dibawakan semula untuk tontonan ramai pada Jumaat ini menerusi saluran TV3.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telemovie Qalbu TV3

Sinopsis Telefilem Qalbu

Telefilem Qalbu mengisahkan tentang  Kamal yang sanggup melakukan apa sahaja demi Kasih dan Aiman.

Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara.

Kamal dipenjarakan atas kesalahan rasuah yang dirancang oleh isterinya sendiri, Marlia. Marlia memerangkap suaminya kerana ingin membolot kemewahan.

Dua anaknya, Kasih dan Aiman hilang tempat bergantung kasih sayang kerana mereka rapat dengan Kamal.

Sepanjang Kamal dipenjarakan, Kasih dan Aiman sering didera oleh ibu mereka. Marlia sibuk menjalinkan hubungan sulit dengan Syukri, akauntan di syarikat yang sama dengan Kamal.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Faizal Hussein, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aidil Aziz, Nur Qistina Raisah, Izuan Fitri, Wan Maimunah, Syaza Irwanie, Nadiya Rusli dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Faizal Hussein sebagai Kamal
  • Fasha Sandha sebagai Salina
  • Fauzi Nawawi sebagai Toyu
  • Nur Qistina Raisah sebagai Qaseh
  • Izuan Fitri sebagai Aiman
  • Aidil Aziz sebagai Syukri

Produksi & Pengarah

Qalbu merupakan arahan Riza Baharudin, penulisan skrip daripada K. Adlie dan diterbitkan oleh syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : TV3
Tarikh : 8 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : K. Adlie
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

Telemovie Qalbu TV3

Post a Comment

0 Comments