Telefilem Mimpi Sumi Di TV3 (Cerekarama)

Telefilem Mimpi Sumi Di TV3 (Cerekarama)

TV3 bawakan kembali sebuah telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 yang lalu dan kini akan menemui penonton semula di slot Cerekarama.

Telefilem Mimpi Suri menampilkan gandingan pelakon Sazzy Falak dan Redza Rosli bersama pelakon cilik Aryanna Alyssa akan bersiaran pada hujung minggu ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Mimpi Sumi Di TV3

Sinopsis Telefilem Mimpi Sumi

Telefile Mimpi Sumi mengisahkan tentang keluarga baru Daniella yang cukup bahagia apabila anaknya Eyda dan suami barunya Asyar kelihatan serasi bersama.

Tidak lama setelah menyambut ulangtahun perkahwinan pertama mereka, bekas suami Daniella, Haikal muncul kembali untuk menuntut hak lawatan terhadap anaknya.

Tragedi tiba-tiba melanda apabila pada suatu hari Eyda tergelincir dari tingkap banglo (ketika berseorangan di rumah) dan meninggal dunia. Siasatan menunjukkan bahawa ianya adalah akibat kemalangan.

Daniella bertarung untuk menghadapi situasi kehilangan anak tunggalnya. Tekanan yang diterimanya mengakibatkan dia kemurungan, mula berhalusinasi, mengalami episod-episod 'blackout' sehinggalah dia seperti cuba membunuh diri.

Mujurlah Asyar cukup tenang, bersabar dan mencuba pelbagai usaha untuk memberikan kekuatan dan perangsang agar Daniella kembali pulih.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Mimpi Sumi seperti Sazzy Falak, Aryanna Alyssa Dezek, Redza Rosli, Melanie Tan, Zizan Nin, Masli Razali, Amir Abu Bakar, Muhammad Izzad dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Sazzy Falak sebagai Daniella
  • Aryanna Alyssa sebagai Edya
  • Redza Rosli sebagai Asyar
  • Melanie Tan sebagai Mira
  • Zizan Nin sebagai Haikal

Produksi & Pengarah

Telefilem ini merupakan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, penulisan skrip daripada Abdul Nasir Abdul Khalil dan diterbitkan oleh syarikat produksi Aquila Emas Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan telefilem Mimpi Sumi yang akan bersiaran pada 9 Disember 2023, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 dan online Tonton.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 9 Disember 2023 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Abdul Nasir Abdul Khalil
Pengarah : Raja Mukhriz Kamaruddin
Produksi : Aquila Emas Sdn. Bhd.

Telefilem Mimpi Sumi Di TV3

Post a Comment

0 Comments