Hikayat Pak Belalang Di Astro Ceria

Hikayat Pak Belalang Di Astro Ceria

Sempena cuti sekolah ini, Astro ada bawakan pelbagai rancangan menarik untuk anak-anak bagi mengisi masa lapang ketika berada di rumah dan salah satunya menerusi drama siri 'Hikayat Pak Belalang'.

Sebuah rancangan yang menampilkan cerita rakyat dan kisah dongeng klasik ini bakal menampilkan artis paling popular berita harian, ABPBH ke-35 iaitu Bell Ngasri antar teraju utama dalam cerita ini.

{tocify} $title={Table of Contents}

Drama Hikayat Pak Belalang Di Astro Ceria

Sinopsis Drama Hikayat Pak Belalang

Cerita rakyat ini mengisahkan tentang Pak Belalang dan anaknya yang cerdik pandai. Pak Belalang berpakat untuk menawarkan dirinya sebagai ahli nujum negara.

Dengan itu, Pak Belalang mampu untuk membantu rakan dan orang kampung yang membawanya ke istana diraja untuk membantu menyelesaikan rompakan, tetapi keadaan bertukar menjadi rumit apabila pembohongan mereka mula terbongkar.

Barisan Pelakon

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Bell Ngasri, adik Haziq Asyraf, Dato' Jalaluddin Hassan, Amy Mastura, Ruhainies, Mikael Noah, Usop Wilcha, Fadhli Masoot, Jabir Meftah, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Bell Ngasri sebagai Pak Belalang
  • Haziq Asyraf sebagai Belalang
  • Ruhainies sebagai Tuan Puteri
  • Jabir Meftah sebagai Jantan
  • Sherry Ibrahim sebagai Mak Belalang

Produksi & Pengarah

Drama 4 episod ini merupakan arahan Razif Ajiboy dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Siri Hikayat Pak Belalang mula ditayangkan pada 11 Disember 2023, iaitu pada setiap hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria 611 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Info Penuh Drama

Episod : 4
Bersiaran : Astro Ceria 611
Tarikh : 11 Disember 2023 (Setiap Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Razif Ajiboy
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Drama Hikayat Pak Belalang Di Astro Ceria

Post a Comment

0 Comments