Telefilem Apabila Terbit Fajar Di TV9

Telefilem Apabila Terbit Fajar Di TV9

Jangan lupa untuk saksikan telefilem Apabila Terbit Fajar yang bakal menemui penonton semula pada 11 Disember ini dimana ianya pernah ditayangkan pada tahun 2018.

Telefilem ini menampilkan Elisya Sandha, Azhan Rani dan Watie Sadali yang merupakan antara teraju atau pelakon utama sepanjang penceritaan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Apabila Terbit Fajar Di TV9

Sinopsis Telefilem Apabila Terbit Fajar

Telefilem Apabila Terbit Fajar mengisahkan tentang Fiza iaitu seorang pelajar cemerlang yang telah diperkosa oleh Mahmood hingga dia melahirkan seorang anak diberi nama Fajar.

Disebabkan ugutan yang diterima daripada Mahmood, Fiza tidak memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapanya kerana takut akan diapa-apakan.

Akhirnya ibu bapanya ketahui perkara sebenar dan sangat marah dengan perbuatan anak perempuannya dan mereka telah menyembunyikan tentang kelahiran anak luar nikah tersebut.

Akibat tidak tahan dengan layanan dingin ibu bapanya, Fiza bertindak melarikan diri dari rumah dan memulakan kehidupan baru bersama anaknya, Fajar.

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Elisya Sandha, Azhan Rani, Watie Sadali, Ku Faridah, Rania Humaira, Aisyah Kamaludin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fasha Sandha sebagai Fiza
  • Azhan Rani sebagai Johan
  • Watie Sadali sebagai Fatimah
  • Ku Faridah sebagai Nek Yati
  • Rania Humaira sebagai Fajar

Produksi & Pengarah

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan arahan Along Kamaludin, penulisan skrip daripada Adza Emie dan diterbitkan oleh syarikat produksi Layar Ceritera Sdn. Bhd.

Waktu Siaran

Jadi jangan lupa saksikan telefilem Apabila Terbit Fajar pada 11 Disember 2023, hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di Tonton.

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 11 Disember 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Layar Ceritera Sdn. Bhd.

Telefilem Apabila Terbit Fajar Di TV9

Post a Comment

0 Comments