Telefilem Pondok Itu Rumahku Di TV9

Telefilem Pondok Itu Rumahku Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 sebelum ini dan kini dibawakan semula untuk tontonan ramai iaitu sebuah cerita berjudul 'Pondok Itu Rumahku'.

Telefilem yang penuh dengan pengajaran ini akan bersiaran pada 6 November 2023, iaitu hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di watch.tonton.com.my.

Naskah ini merupakan arahan Shuhaimi Lua, penulisan skrip dan idea masing-masing daripada Zyza Backy dan Firah Misu serta diterbitkan oleh syarikat Tanah Beris Production Sdn. Bhd.

Table of Contents

Info Telemovie Pondok Itu Rumahku

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 6 November 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Firah Misu
Penulis Skrip : Zyza Backy
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Production Sdn. Bhd.

Telefilem Pondok Itu Rumahku Di TV9

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Pondok Itu Rumahku seperti adik Danish Hazriq, Nasir Bilal Khan, Amyza Aznan, Ku Faridah dan Amirul Faqeem.

Mereka turut dibantu oleh pelakon tambahan Wilma Muhammad, Amir Azmi, Nina Iskandar, Farah Nadia, Jeff Hassan, Zaidi Rock, Tuan Faiz, Lok Mahamed dan ramai lagi.

  • Danish Hazriq sebagai Syukri (kecil)
  • Nasir Bilal Khan sebagai Sudin
  • Amyza Aznan sebagai Rahimah
  • Ku Faridah sebagai Nek Yam
  • Amirul Faqeem sebagai Syukri (dewasa)
  • Nina Iskandar sebagai Yanti
  • Wilma Muhammad sebagai Zaleha

Sinopsis Telefilem Pondok Itu Rumahku

Telefilem Pondok Itu Rumahku mengisahkan tentang sebuah 7 sekeluarga yang miskin dan daif iaitu Pak Sudin dan isterinya Rahimah serta lima orang anak mereka Syukri, Safuan, Sarimah, Salwa dan anak bongsunya Saiful yang berumur 8 tahun.

Konflik bermula apabila Pak sudin menjual Syukri kepada sepasang suami isteri Suhaimi dan Zaleha yang tinggal di bandar kerana kesempitan hidup dan sikap Pak sudin yang gemar berjudi dan berhutang.

Di bandar, Syukri melarikan diri dan menjadi gelangangan sehinggalah dia berjumpa dengan Yanti dan nenek Yam. Syukri tinggal dengan mereka sambil membantu mereka menjual bakul homemade.

Bila duit simpanan dah mencukupi, Syukri pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya semula. Tetapi ibunya telah meninggal dunia. Syukri kembali tinggal dengan nenek Yam dan Yanti.

Sesekali Syukri balik kampung, tapi melihat rumahnya dari jauh. Bila dah dewasa, dapat kerja bagus, Yanti dan nenek Yam menasihati Syukri supaya balik kampung berjumpa dengan ayah dan adik-beradiknya.

Walaupun berat hati, akhirnya Syukri balik kampung. Tak sangka ayahnya sakit. Ayahnya turut meminta maaf ke atas segala perbuatannya terhadap Syukri dan adik-adiknya.

Telefilem Pondok Itu Rumahku Di TV9

Post a Comment

0 Comments