Telefilem Denting Cinta Di TV1

Telefilem Denting Cinta Di TV1

Jangan lupa aksikan telefilem Denting Cinta yang akan menemui penonton pada 11 November 2023, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang mengisahkan tentang penyakit Alzheimer ini merupakan arahan Rahila Ali dan diterbitkan oleh syarikat Sixbase Resources Sdn. Bhd.

Table of Contents

Info Telefilem Denting Cinta

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 11 November 2023 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Rahila Ali
Produksi : Sixbase Resources Sdn. Bhd.

Telefilem Denting Cinta Di TV1

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Denting Cinta seperti Laila Nasir, Fadlan Hazim, Isyariana, Effa Narisha dan ramai lagi.

  • Laila Nasir sebagai Cikgu Halimah
  • Fadhlan Hazim sebagai Darwisy
  • Isyariana sebagai Daniyah/Manja
  • Effa Nareesha sebagai Dalilah

Sinopsis Telefilem Denting Cinta

Telefilem Denting Cinta mengisahkan tentang wanita separa usia iaitu Cikgu Halimah yang mempunyai penyakit Alzheimer dan mengalami mengalami simptom kehilangan memori.

Wataknya digambarkan sebagai individu yang mudah resah dan mula berkeliaran serta adakalanya akan menjadi lebih agresif. Selain itu, dia juga akan sentiasa mengucapkan sesuatu dan melakukan sesuatu secara berulang-ulang.

Sementara itu, Darwish merupakan salah seorang daripada anak Cikgu Halimah rasa bertanggungjawab mahu menjaga emaknya, yang menghidap penyakit Alzhaimer tersebut.

Apatahlagi bila mengenangkan emaknya juga sentiasa memerlukan bantuan bagi mengendalikan rutin harian seperti mandi, memakai pakaian, makan dan menggunakan tandas. Sesuatu aktiviti yang mudah untuk kita lakukan akan menjadi sesuatu yang sukar bagi penghidap Alzheimer.

Darwish kemudiannya mengambil Dahniah sebagai pembantu emaknya. Dahniah bersetuju untuk menjaga Cikgu Halimah kerana wanita itu pernah menjadi penjaganya sewaktu Dahniah bersekolah rendah.

Mampukah Dahniah menggalas tanggungjawab tersebut?

Telefilem Denting Cinta Di TV1

Post a Comment

0 Comments