Drama Bukan Sekadar Lafaz Di TV3 (Slot Akasia)

Drama Bukan Sekadar Lafaz Di TV3 (Slot Akasia)

Slot Akasia bakal membawakan sebuah lagi drama terbaru berjudul Bukan Sekadar Lafaz bagi menggantikan drama sebelumnya iaitu Luruhnya Bunga Cinta yang telah tamat pada 16 Oktober yang lalu.

Bagi yang merindui lakonan Alif Satar, beliau akan kembali dalam drama terbaru ini yang bersiaran mulai 17 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam menerusi saluran TV3 dan secara online di iQIYI.

Jadi anda boleh tonton secara striming menerusi www.iq.com atau menggunakan aplikasi iQIYI. Pengguna VIP boleh menonton sejurus tamat siaran di tv, manakala tonton secara percuma adalah 48 jam selepas itu.

Drama yang diinspirasikan daripada novel 'Bukan Sekadar Lafaz' karya Sophilea ini akan bersiaran sebanyak 20 episod. Naskah ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan skrip penulisan daripada Sophilea sendiri serta diterbitkan oleh Pencil Pictures & Record.

Bukan Sekadar Lafaz

Episod : 20
Tayangan : Slot Akasia TV3 & iQIYI
Tarikh : Mulai 17 Oktober 2023 (Isnin - Jumaat)
Masa : 7.00 Malam
Penulis Skrip : Sophilea
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Produksi : Pencil Pictures & Record Sdn. Bhd.

Drama Bukan Sekadar Lafaz Di TV3

OST Drama

Lagu : Bukan Sekadar Lafaz
Penyanyi : Wanna Ali dan Aiman Ismail
Komposer : Ayu Puteh
Lirik : Ayu Puteh

Barisan Pelakon & Watak

Drama Bukan Sekadar Lafaz menampilkan barisan pelakon yang mantap seperti Alif Satar, Wanna Ali, Ahmad Idham, Yuna Rahim, Mia Nasir, Malek Mccrone, Kuza, Wanns Ahmad, Yusra Akma, Razzruan Rosli dan ramai lagi.

  • Wanna Ali sebagai Syikin
  • Alif Satar sebagai Hud
  • Yuna Rahim sebagai Aein
  • Malek Mccrone sebagai Dr. Firman
  • Ahmad Idham sebagai Tuan Zaman
  • Mia Nasir sebagia Lufya
  • Wanns Ahmad sebagai Khalid

Sinopsis Drama Bukan Sekadar Lafaz

Drama Bukan Sekadar Lafaz mengisahkan tentang Syikin iaitu seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal di bandar.

Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut.

Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud.

Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman. Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein, yang menaruh hati kepada Dr Firman.

Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin. Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan.

Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka.

Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman.

Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga.

Drama Bukan Sekadar Lafaz Di TV3

Post a Comment

0 Comments