Telemovie Keluarga JJ Di TV2

Telemovie Keluarga JJ Di TV2

Jangan lupa saksikan ulang siar telemovie Keluarga JJ yang akan menemui penonton semula pada Isnin ini, 15 Januari 2024 menerusi siaran TV2.

Sebuah cerita yang menampilkan lakonan daripada Kazar Saisi, Ungku Hariz, Wan Sharmila dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telemovie Keluarga JJ Di TV2

Sinopsis Telemovie Keluarga JJ

Telemovie Keluarga JJ bermula dengan watak Jidin yang diterima bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Jidan, seorang pemilik sebuah syarikat perusahaan. Jidan, seorang duda yang sudah berumur hidup penuh dengan sederhana.

Situasi itu sebenarnya menimbulkan rasa hairan kepada Jidin punca Jidan menyembunyikan realiti kehidupan sebenarnya yang hidup mewah. Namun persoalan itu tidak diluahkannya kepada majikannya itu.

Lebih menghairankan Jidin adalah kehadiran Nana, seorang gadis yang disangka Jidin anak kepada Jidan. Apatahlagi perbezaan umur antara keduanya yang ketara. Namun sebenarnya Nana merupakan kekasih rahsia kepada Jidan. 

Tidak mahu keadaan menjadi rumit, Jidan meminta Jidin merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan ibu Nana, Puan Wati yang terang-terangan menentang sekiranya keduanya mempunyai hubungan cinta.

Namun tanpa disangka, Jidin pula jatuh hati kepada Puan Wati setelah pertama kali melihat wanita tersebut sewaktu menghantar Nana pulang. Kejelitaan Puan Wati bagaikan seorang anak dara telah membuatkan hati Jidin tidak tenteram.

Adakah hubungan mereka berjaya disatukan? Ataukah sebaliknya mereka terpaksa menerima hakikat berdepan realiti setiap hubungan itu perlu bersandarkan restu orang tersayang?

Barisan Pelakon

Antara nama-nama yang terlibat dalam telefilem ini seperti Kazar Saisi, Ungku Hariz, Aleza Shadan, Wan Sharmila, Pok Muda Seri dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Kazar Saisi sebagai Jidan
  • Ungku Hariz sebagai Jidin
  • Wan Sharmila sebagai Nana
  • Aleza Shadan sebagai Puan Wati

Produksi & Pengarah

Telefilem komedi yang pernah ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan arahan Nuad Othman, penulisan skrip daripada MF Kenchana dan diterbitkan oleh produksi Geltan Consultancy Sdn.Bhd.

Watak Bersiaran

Telemovie Keluarga JJ akan menemui penonton pada 15 Januari 2024, bersiaran pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 dan online RTM Klik.

Info Penuh Telemovie

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 15 Januari 2024 (Isnin)
Skrip : MF Kencana
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : Nuad Othman
Produksi : Geltan Consultancy Sdn. Bhd.

Post a Comment

0 Comments