Telefilem Derita Pia Di TV3 Lakonan Zara Zya Dan Alif Satar

Telefilem Derita Pia Di TV3 Lakonan Zara Zya Dan Alif Satar

Jangan lupa saksikan telefilem Derita Pia pada 13 Januari 2024, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang merupakan kesinambungan daripada drama Pia pada tahun 2019 ini ini merupakan terbitan syarikat JS Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Azman Yahya dengan penulisan skrip daripada Sofia J. Rhyland.

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 13 Januari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Sofia J. Rhyland
Pengarah : Azman Yahya
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Derita Pia Di TV9

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Derita Pia seperti Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Syifa Melvin dan ramai lagi.

  • Zara Zya sebagai Pia
  • Alif Satar sebagai Zafran
  • Naim Daniel sebagai Budi
  • Azira Shafinaz sebagai Qis
  • Sheila Rusly sebagai Mak Ngah Ila

Sinopsis Telefilem Derita Pia

Telefilem Derita Pia mengisahkan tentang Qis yang telah lama menghilangkan diri tiba-tiba muncul. Qis mengaku bahawa dia masih mencintai Zafran dan ingin mengahwini Zafran memandangkan Pia tidak boleh hamil lagi.

Disebabkan itu, dia meminta minta Pia untuk merestui dan menganggap kehadirannya hanya untuk membantu meringankan beban Pia menjaga Zafran serta memberikan waris kepada Zafran.

Sedar tentang kelemahan dirinya, akhirnya Pia redha untuk menjadi isteri kedua. Namun pengorbanannya tidak dihargai. Setelah Qis disahkan mengandung, Pia mula disisihkan sehingga Pia nekad untuk mengundur diri.

Zafran yang tidak mahu melepaskan Pia, cuba untuk berbincang. Pia meluahkan segala rasa yang selama ini dia pendam dan Zafran mula sedar kesilapannya ini yang sering mengabaikan Pia.

Namun mereka berdua telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Setelah sedar dari koma Zafran terkejut apabila dia dapat melihat semula.

Rupanya kemalangan itu telah meragut nyawa Pia. Barulah Zafran sedar bahawa dia sudah dapat lihat dunia semula, tetapi dia kehilangan orang yang paling jujur dan paling ikhlas dengannya.

Telefilem Derita Pia Di TV9

Post a Comment

0 Comments