Drama Keria Women Lakonan Rita Nadira Dan Sabrina Sharleen Di TV3

Drama Keria Women Lakonan Rita Nadira Dan Sabrina Sharleen Di TV3

Jangan lupa saksikan drama terbaru Keria Women mulai 8 Julai 2023, bersiaran setiap hari Khamis hingga Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Selain itu, anda sebagai penonton juga boleh tonton drama ini secara streaming di platform web www.hotstar.com atau aplikasi Disney+ Hotstar dengan melanggan RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.

Drama siri 13 episod yang bakal menggantikan Diva Seroja ini merupakan terbitan syarikat Anomali Media Production, diarahkan oleh Rusdi Ramli dengan penulisan skrip daripada Intan Zarina M Yasin.

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary di TV3 & Disney+ Hotstar
Tarikh : Mulai 8 Julai (Khamis - Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Idea Asal : Hariff Ahamat
Penulis Skrip : Intan Zarina M Yasin
Pengarah : Rusdi Ramli
Produksi : Anomali Media Production

Drama Keria Women di TV3

OST Drama

Lagu Tema : Wanita
Penyanyi : Maria
Komposer : Amir Hassan
Penulis Lirik : Amir Hassan

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Keria Women seperti Rita Nadira, Sabrina Sharleen, Fify Azmi, Raja Ema, Ezaidi Aziz, Marc Syahmie, Muazmeer Mohsin, Shy Rim dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Rita Nadira sebagai Naura
  • Sabrina Sharleen sebagai Sally
  • Fify Azmi sebagai Icha
  • Raja Ema sebagai Cik Mah
  • Ezaidi Aziz sebagai Zam
  • Marc Syahmie sebagai Adli

Sinopsis Drama Keria Women

Drama Keria Women mengisahkan tentang Naura iaitu seorang pengurus kewangan di sebuah syarikat terkemuka yang kecewa setelah menjadi mangsa diskriminasi dan gangguan seksual di tempat kerja.

Oleh kerana layanan yang tidak adil diberikan oleh bossnya, Naura tidak teragak-agak untuk meletak jawatan walaupun sebelum ini selesa dengan pekerjaannya di situ.

Sally merupakan pembantu peribadi Naura telah mengajak Naura untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka agar Naura dapat menenangkan diri daripada peristiwa tersebut.

Pada awalnya, Naura berasa janggal dan sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana di kampung kerana dia telah dibesarkan di bandar sejak umurnya masih kecil.

Cik Mah, ibu kepada Sally merupakan seorang peniaga kuih keria warisan yang cukup terkenal di kampung itu. Naura dapat melihat kuih keria Cik Mah itu berpotensi untuk tembus ke pasaran luar lantaran keistimewaan dan sambutan yang luar biasa.

Berbekalkan pengetahuan dan pengalamannya sebagai pengurus kewangan, Naura mula membuat pelan bisnes untuk mengkomersialkan kuih keria itu walaupun masih janggal dengan peralihan kariernya.

Berhasilkah percaturan Naura untuk mengkomersialkan kuih keria Cik Mah?

Drama Keria Women di TV3

Drama Keria Women di TV3

Post a Comment

0 Comments