Drama Budak Takraw Adaptasi Komik Di TV Okey

Drama Budak Takraw Adaptasi Komik Di TV Okey

Jangan lupa saksikan drama terbaru Budak Takraw mulai 3 Julai 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Sabtu pada pukul 2.30 petang menerusi saluran TV Okey atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama yang membawa genre sukan dengan adaptasi komik yang menggunakan judul sama ini merupakan terbitan syarikat SA Dinamik Sdn. Bhd., diarahkan oleh Wan Saiful Shahrizan dengan penulisan skrip daripada Anshari Rahizan.

Episod : 13
Tayangan : TV Okey
Tarikh : Mulai 3 Julai 2023 (Isnin - Sabtu)
Waktu : 2.30 Petang
Penulis Skrip : Anshari Rahizan
Pengarah : Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi
Produksi : SA Dinamik Sdn. Bhd.

Drama Budak Takraw di TV Okey

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Budak Takraw seperti Firdaus Ghufran, Zarul Imran, Redwan Hakim, Taufik Hanafi, Diana Rusli, Idham Maulana, Nik Syaf, Boy Ngasri, Nazzaty Rusli dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Firdaus Ghufran sebagai Azman
  • Zarul Imran sebagai Rizal
  • Redwan Hakim sebagai Ali
  • Taufik Hanafi sebagai Roy
  • Diana Rusli sebagai Sarah
  • Idham Maulana sebagai Razlan
  • Nik Syaf sebagai Ajiz
  • Boy Ngasri sebagai Cikgu Imran
  • Nazzaty Rusli sebagai Cikgu Aishah

Sinopsis Drama Budak Takraw

Drama Budak Takraw mengisahkan sekumpulan remaja sekolah menengah yang ingin membangunkan kelab sukan takraw di sekolah mereka. Azman seorang pemain takraw handalan di bandar, berpindah ke kampung kerana mengikut bapanya yang diarahkan bertugas di situ.

Tidak memiliki kelab takraw, dia bertemu beberapa rakan baru yang memiliki perangai mereka tersendiri. Rizal seorang pelajar malas yang kuat tidur, Ali seorang yang baran, dan Sarah pengawas yang terkenal dengan ketegasannya.

Mereka kemudiannya bertekad menubuhkan Kelab Takraw di sekolah mereka. Kesungguhan dan kebolehan mereka diuji melalui pertandingan-pertandingan persahabatan yang diadakan bersama sekolah jiran.

Demi meningkatkan kemampuan mereka menjemputn Abang Roy, bekas pemain kebangsaan yang kini mengusahakan bengkel motor sebagai jurulatih sambilan. Latihan yang ketat dan sedikit usaha keras menambahkan warna dan keunikan dalam gagasan baru mereka.

Mereka mengorak langkah lebih ke hadapan dengan menyertai pertandingan peringkat daerah. Bertemu ruas dengan pemain-pemain yang lebih handal demi mengejar kejuaraan yang menjadi idaman setiap pemain Takraw di daerah itu.

Drama Budak Takraw di TV Okey

Drama Budak Takraw Di RTM TV Okey

Post a Comment

0 Comments