Info Drama Berepisod Mrs VIP Di TV Okey

Info Drama Berepisod Mrs VIP Di TV Okey

Jangan lupa saksikan drama Mrs VIP yang akan menemui penonton mulai 30 Oktober 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Sabtu, pukul 2.30 petang menerusi slot Drama Okey di RTM TV Okey atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama 20 episod yang dilakonkan di Sabah ini merupakan arahan Dato' T.S. Jeffry, penulisan skrip daripada Adza Emie dan diterbitkan oleh Pentas Wayang Production Sdn. Bhd.

Table of Contents

Info Drama Mrs. Vip

Episod : 20
Bersiaran : Slot Drama Okey di TV Okey
Tarikh : Mulai 30 Oktober 2023 (Isnin - Sabtu)
Waktu : 2.30 Petang
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Dato' T.S. Jeffry
Produksi : Pentas Wayang Production Sdn. Bhd.

Drama Mrs VIP di TV Okey

OST Drama

Tajukk : Mrs. VIP
Penyanyi : Man Khan & Rosalinda
Lagu : Man Khan
Lirik : Man Khan 

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Mrs VIP ini seperti Ikhram Juhari, Jannica Mae, Zeera Azizi, Dato' T.S. Jeffry, Zulkifli Ismail, Kuna Amuzani, Clarice John Matha, Haris Kapilla, Asri Ismail dan ramai lagi.

  • Ikhram Juhari sebagai Khairul
  • Jannica Mae sebagai Jasmine
  • Zeera Azizi sebagai Kamelia
  • Zulkifli Ismail sebagai Tuan Azman
  • Kuna Amuzani sebagai Puan Laila
  • Clarice John Matha sebagai Ratna
  • Haris Kapilla sebagai Tok Muad
  • Asri Ismail sebagai Syahraja

Sinopsis Drama Mrs VIP

Drama MRS VIP mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang hidupnya dikongkong oleh ibu angkatnya dari bergaul dan melihat dunia luar yang diinspirasikan dari cerita dongeng Rapunzel.

Khairul datang bercuti di Kundasang dan terjebak dengan insiden salah faham sehingga dia masuk ke rumah Jasmin. Salah faham apa tu?

Drama Mrs VIP di TV Okey

Post a Comment

0 Comments