Drama Adaptasi Novel Beautiful Love Revenge Di Astro Ria

Drama Adaptasi Novel Beautiful Love Revenge Di Astro Ria

Astro bawakan sebuah lagi drama terbaru yang diadaptasi daripada novel karya Wannie Nordin berjudul Beautiful Love Revenge yang akan menemui penonton mulai 1 November 2023.

Drama 20 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) beserta tayangan striming di Sooka.

Naskah arahan Jamal Khan ini merupakan penulisan skrip daripada Nieza Nahar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Table of Contents

Info Drama Beautiful Love Revenge

Episod : 20
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 1 November 2023 (Rabu & Khamis)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.

Drama Adaptasi Novel Beautiful Love Revenge Di Astro Ria

OST Drama

Lagu : Retak Hatiku
Penyanyi : Iera Milpan
Lagu : Achoi Floor88
Lirik : Achoi Floor88

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Beautiful Love Revenge seperti Daniel Fong, Harissa Adlynn, Jihaa Sham, Syafi Tee, Sherry Aljeffri, Datin Maria Farida dan Luqman Hafidz.

Mereka dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Firdaus Gufran, Norlie Tamam Idris, Nizam Kamal, Halim Rahim, Manan Sulaiman, Hasrulnizam Osman dan ramai lagi.

  • Daniel Fong sebagai Noah
  • Harissa Adlynn sebagai Ammara Sofea
  • Jihaa Sham sebagai Aina
  • Syafi Tee sebagai Dr. Aeril
  • Sherry Aljeffri sebagai Nanny
  • Datin Maria Farida sebagai Maria
  • Luqman Hafidz sebagai Farid

Sinopsis Drama Beautiful Love Revenge

Drama Beautiful Love Revenge mengisahkan tentang perkahwinan bahagia Ammara bersama Farid yang berakhir dengan pencerian pada sambutan anniversaty perkahwinan mereka angkara orang ketiga.

Ammara bersama dua orang lagi anaknya hilang bergantung dan dalam keadaan tidak menentu, Ammara bertemu dengan Noah dalam satu insiden. Kemudiannya Noah jatuh cinta pada Ammara.

Konflik hubungan Ammara dan Noah berlaku apabila Farid tidak berpuas hati dengan perkahwinan mereka. Farid merancang untuk membalas dendam terhadap Noah.

Adakah Ammara akan menemui kebahagiannya bersama Noah?

Drama Adaptasi Novel Beautiful Love Revenge Di Astro Ria

Drama Adaptasi Novel Beautiful Love Revenge Di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments