Drama Cik PA Tuan Ash Lakonan Janna Nick Dan Dini Schatzmann Di TV3

Drama Cik PA Tuan Ash Lakonan Janna Nick Dan Dini Schatzmann Di TV3

Jangan lupa saksikan drama terbaru Cik PA Tuan Ash mulai 20 Julai 2023, bersiaran setiap hari Rabu dan Khamis, pada pukul 6.00 petang menerusi slot Sakura TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Drama 20 episod yang bakal menggantikan Kampung Mat Saleh ini merupakan terbitan syarikat Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan penulisan skrip daripada Zyza Backy

Episod : 20
Tayangan : Slot Sakura di TV3
Tarikh : Mulai 20 Julai 2023 (Rabu & Khamis)
Masa : 6.00 Petang
Penulis Skrip : Zyza Backy
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd.

Drama Cik PA Tuan Ash di TV3

OST Drama

Tajuk : Di Sana Dis Sini
Artis : Sissy Iman
Komposer : Sissy Iman
Lirik : Sissy Iman

Barisan Pelakon

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama Cik PA Tuan Ash seperti Dini Schatzmann, Janna Nick, Alvin Chong, Raja Azura, Jaafar Onn dan Hisham Zainal.

Selain itu, terdapat juga pelakon seperti Syarafi Sudarmaji, Kween Keela, Sharifah Husna, Camelia Natasya, Dayang Areeda, Zalfazin, Ferth Jasni, Ariel Izz, Zahid Deck dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Dini Schatzmann sebagai Tuan Ash
  • Janna Nick sebagai Husna
  • Alvin Chong sebagai Sam
  • Raja Azura sebagai Puan Diana
  • Jaafar Onn sebagai Khalid
  • Hisham Zainal sebagai Nasri
  • Syarafi Sudarmaji sebagai Zarul
  • Kween Keela sebagai Jojo
  • Sharifah Husna sebagai Zetty

Sinopsis Drama Cik PA Tuan Ash

Drama Cik PA Tuan Ash mengisahkan tentang seorang Tuan Ash iaitu seorang yang berkerjaya dan hebat dalam urusan kerjayanya. Pandai dalam menguruskan syarikat, tetapi tidak dalam memilih calon isteri.

Tuan Ash menghadapi kesukaran dalam mencari kekasih untuk dikahwininya. Sering diperli oleh rakan-rakan seumurnya. Jadi dia bertekad untuk menamatkan zaman bujang mencari cinta sejatinya sebelum berumur 31 tahun.

Oleh kerana kerap gagal dalam usahanya untuk mengenali seseorang, Tuan Ash telah melanti Husna sebagai pembandu peribadinya (PA). Husna sebagai pembantu dalam urusan kerja dan juga berperanan untuk membantunya mengenali calon-calon isteri.

Setiap tindakan Tuan Ash ketika berurusan dengan calon kekasihnya dijalankan melalui nasihat dan cadangan yang diberikan oleh Husna.

Namun, Tuan Ash juga seorang bos yang mementingkan kesempurnaan dan meletakkan kepercayaan penuh pada Husna tidak kira urusan rasmi atau peribadi.

Oleh yang demikian, Husna terlalu sibuk dengan kerjayanya sehingga dia langsung tidak mempunyai masa langsung untuk dirinya sendiri.

Konflik memuncak apabila Husna meletakkan jawatan sebelum Tuan Ash mencapai sasarannya untuk berkahwin. Keputusan itu dibuat kerana terlalu fokus kepada kerjanya sehingga menyisihkan kekasihnya, Sam.

Mampukah Tuan Ash mencari pasangan hidupnya tanpa bantuan Husna? Adakah Husna dapat mengejar cintanya kembali?

Drama Cik PA Tuan Ash di TV3

Drama Cik PA Tuan Ash di TV3

Post a Comment

0 Comments