Drama Budak Hostel Otaknya Sewel Adaptasi Novel Ditayangkan Di Astro Ria

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel Adaptasi Novel Ditayangkan Di Astro Ria

Jangan lupa saksikan drama Budak Hostel Otaknya Sewel mulai 31 Juai 2023, bersiaran setiap hari isnin hingga Khamis, pukul 9.00 malam menerusi slot Megadrama Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.

Drama 18 episod yang merupakan adaptasi novel 'Budak Hostel Otaknya Sewel' karya Hasrul Rizwan ini merupakan terbitan syarikat Radius One Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Norhanisham Muhammad aka Labu.

Episod : 18
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 31 Julai 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Norhanisham Muhamad (Labu)
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel di Astro Ria

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Budak Hostel Otaknya Sewel seperti Tuah Adzmi, Bai Haq Majid, Adam Eji, Izz Ilham, Azhan Rani, Syarnaaz Ahmad, Datin Natasya, Amelia Christie, Zarul Iman, Aya Amiruddin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Tuah Adzmi sebagai Akil
  • Zarul Imran sebagai Borhan
  • Bai Haq Majid sebagai Mat Piah
  • Adam Eji sebagai Widad
  • Izz Ilham sebagai Cupin
  • Azhan Rani sebagai Cikgu Marzooki
  • Syarnaaz Ahmad sebagai Cikgu Daniel
  • Datin Natasya sebagai Cikgu Murnin
  • Amelia Christie sebagai Zakiah Merican
  • Zarul Iman sebagai Borhan
  • Aya Amiruddin sebagai Balkis T

Sinopsis Drama Budak Hostel Otaknya Sewel

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel mengisahkan tentang Akhil yang telah dicabar oleh musus ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican.

Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan (Aspuri), Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya sebelum ini.

Dengan bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui.

Antara perkara yang mereka perlu hadapi untuk menjayakan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.

Cikgu Marzuki merupakan pesaing kepada Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangai hati Cikgu Murni. Kesempatan itu diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka.

Namun tanpa mereka sedari, sesuatu perangkap sedang menanti setelah mereka berjaya memasuki asrama perempuan tersebut.

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel di Astro Ria

Drama Budak Hostel Otaknya Sewel di Astro Ria

Post a Comment

0 Comments